Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3215-02
Bandingkan
Juruteknik Perubatan Gred U1 bertanggungjawab membantu Pegawai Sains (Fizik) dalam menyediakan aksesori rawatan seperti blok sinaran, topeng cegah gerak, leg rest, dental mould, aksesori tray untuk linac, aksesori peralatan QC serta pengumpulan data bagi tujuan rawatan pesakit.
Tugasan
Menjalankan aktiviti pembuatan blok perisai sinaran.
Menjalankan aktiviti penghasilan aksesori rawatan termasuk put-on electron, wax build-up, lead mask, topeng cegah gerak (BDS), tray untuk mesin linac, tongue depressor, dan leg rest/head rest/arm rest.
Membantu ahli fizik dalam menjalankan aktiviti QC peralatan.
Membantu dalam membuat demo pembuatan aksesori rawatan kepada pelatih-pelatih AHP.
Membantu dalam mendapatkan kedudukan set-up rawatan sebelum prosedur pengimejan dan rawatan pesakit dimulakan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberi khidmat nasihat.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional.
Berkebolehan mengemukakan hujah-hujah yang bernas.
Berkebolehan menggunakan komputer dan peralatan ICT.
Khusus
Kemahiran dalam kerja-kerja moulding.
Kemahiran dalam kerja-kerja seni ketukangan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.