Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3212
Bandingkan
Juruteknik Makmal Perubatan dan Patologi
Juruteknik Makmal Perubatan dan Patologi menjalankan ujian klinikal ke atas spesimen cecair badan dan tisu untuk mendapatkan maklumat mengenai kesihatan pesakit atau perkara yang menyebabkan kematian.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menjalankan analisis kimia cecair badan, termasuk darah, air kencing dan cecair tulang belakang, untuk menentukan kehadiran komponen normal dan tidak normal.
Mengendalikan, menentukur dan menyelenggara peralatan yang digunakan dalam analisis kuantitatif dan kualitatif, seperti spektrofotometer, calorimeter dan flame photometer.
Mengeset, membersihkan dan menyelenggara peralatan makmal.
Menganalisis hasilan makmal untuk memeriksa ketepatan keputusan.
Menyediakan dan mengumpulkan spesimen bendalir dan tisu badan pesakit dan menilai keputusan untuk mengenal pasti jenis, tahap penularan, dan punca jangkitan.
Membantu dan menjalankan uji kaji, ujian dan analisis, serta merekodkan hasil pemerhatian dan maklumat lain yang berkaitan dengan menggunakan peralatan dan kelengkapan makmal.
Memberi tunjuk ajar kepada pesakit cara-cara menggunakan, memasang alatan ortotik dengan betul, cara-cara berjalan atau pergerakan seperti mana yang dikehendaki, cara-cara menjaga alatan tersebut supaya sentiasa berada dalam keadaan yang tidak membahayakan dan tahan lama.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.