- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
32
Profesional Bersekutu Kesihatan
Kumpulan Kecil
321
Juruteknik Perubatan dan Farmaseutikal
Kumpulan Unit
3215
Juruteknik Ortotik dan Prostetik
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3215-01
Bandingkan
Juruteknik Prostetik
Juruteknik Prostetik mengukur, mereka bentuk, membuat, memasang dan menyelenggara peranti prostetik mengikut preskripsi perubatan, memastikan ia memulihkan mobiliti dan fungsi individu yang mengalami amputasi, kecacatan kongenital atau kehilangan fizikal yang lain. Mereka mentafsir preskripsi, memilih bahan yang sesuai dan menggunakan alat dan peralatan khusus, bekerjasama rapat dengan pakar Prostetik atau Orthotist yang diperakui untuk memastikan peranti tersebut memenuhi keperluan dan spesifikasi khusus pesakit.
Tajuk Alternatif
Juruteknik Ortotik
Juruteknik Ortopedik
Tugasan
Menghasilkan peranti prostetik dan ortotik mengikut preskripsi dan ukuran, termasuk memilih dan menyediakan bahan yang sesuai.
Mengendalikan mesin dan peralatan pembuatan seperti pengisar, pengamplas, dan pencetak three-dimensional (3D) untuk menghasilkan peranti.
Membantu dalam pemasangan, penjajaran, dan pelarasan peranti bagi memastikan kesesuaian, fungsi, dan keselesaan pesakit.
Mengekalkan piawaian kebersihan dan keselamatan di bengkel.
Melaksanakan penyelenggaraan rutin dan pemeriksaan asas ke atas alat dan peralatan bagi memastikan fungsi yang baik.
Mendokumentasikan proses pembuatan serta menyelenggara rekod pesakit dan pengeluaran dengan tepat.
Kemahiran
Asas
Kebolehan membaca dan mentafsir lukisan teknikal serta preskripsi.
Ketangkasan manual dan ketepatan dalam mengendalikan alatan dan bahan.
Mendengar secara aktif dan komunikasi yang berkesan untuk kerjasama dengan profesional penjagaan kesihatan.
Pemahaman tentang anatomi manusia dan biomekanik.
Khusus
Kecekapan dalam melaras dan mengubah suai peranti prostetik berdasarkan keperluan pemasangan.
Kecekapan dalam menggunakan alat dan mesin pembuatan untuk peranti prostetik dan ortotik.
Kecekapan dalam penggunaan perisian Computer-Aided Design and Computer-Aided Manufacturing (CAD/CAM) untuk pembangunan peranti.
Pengetahuan dalam kawalan jangkitan dan piawaian kebersihan bengkel.
Pengetahuan dalam sifat bahan untuk pembuatan peranti prostetik dan ortotik.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.