Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2916-03
Bandingkan
Pegawai Keselamatan Gred KP9
Pegawai Keselamatan Gred KP9 bertanggungjawab memberi khidmat nasihat, memantau dan menguatkuasakan undang-undang, peraturan serta arahan mengenai keselamatan perlindungan kepada agensi kerajaan dan sasaran penting serta kawasan larangan dan tempat larangan termasuk sektor swasta yang berkaitan untuk mengekal dan mempertingkatkan tahap keselamatan fizikal, dokumen, peribadi, keselamatan perlindungan ICT dengan tujuan melindungi aset dan rahsia rasmi daripada pelbagai bentuk ancaman keselamatan.
Tugasan
Melaksanakan kawalan keselamatan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Kawasan Larangan/Tempat Larangan 1959; merancang, menyelaras, melaksanakan, memberi nasihat, memantau dan menguatkuasakan perlindungan premis, dokumen dan keselamatan peribadi.
Menggubal dan menyelaras Dasar Keselamatan Perlindungan Dokumen dan maklumat rasmi, menyiasat pelanggaran keselamatan, memberi nasihat teknikal, menilai kelemahan dan mencadangkan tindakan.
Menggubal dasar keselamatan personel dan tapisan, menyiasat pelanggaran, melatih dan mendidik penjawat awam, melaksanakan peperiksaan Pegawai, Penolong, Pembantu dan Pengawal Keselamatan.
Menyelaraskan dasar dan peralatan keselamatan, mengurus pas keselamatan dan kad pengenalan jabatan, kad kuasa dan kad pelantikan, memberi nasihat teknikal pemilihan syarikat kawalan, mengurus kawasan larangan dan sasaran penting, menyiasat pelanggaran keselamatan fizikal.
Menggubal dasar keselamatan ICT, menyelaras program kesedaran, mengurus penyelidikan ICT sektor awam, memeriksa pusat maklumat, dan menyiasat pelanggaran keselamatan ICT.
Menggubal dan melaksanakan dasar, memberi latihan dan nasihat, merancang program Tim Naziran, menyiasat pelanggaran keselamatan dan mencadangkan tindakan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Berkebolehan menganalisis data serta menulis dan menyediakan laporan berkualiti dengan cepat dan berkesan.
Berkebolehan mengenal pasti permasalahan dan menyediakan penyelesaian dengan betul kepada pelanggan.
Berkemahiran dalam menggunakan komputer.
Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.
Khusus
Berpengetahuan luas dalam bidang keselamatan perlindungan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.