Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2916-05
Bandingkan
Penguasa Penjara Gred KA9
Penguasa Penjara Gred KA9 bertanggungjawab melaksanakan tugas pengurusan am, pentadbiran, kewangan, penyelidikan, perancangan, pembangunan, latihan dan keselamatan institusi-institusi penjara.
Tugasan
Memimpin, mengetuai, merancang, mengawal, menyelia, menyelaras, menganalisa, mendorong dan mengendalikan organisasi bahagian/ institusi penjara dalam mencapai visi, misi dan objektif jabatan.
Memimpin institusi penjara kategori maksimum.
Memimpin organisasi bahagian/ institusi penjara serta mensintesis beberapa bidang tugas untuk kecemerlangan jabatan secara cekap dan profesional.
Memimpin organisasi bahagian/ institusi penjara dan membuat analisa terhadap program-program yang dilaksanakan di dalam pengurusan penjara.
Memimpin, mengkoordinasi dan memantau semua fungsi di peringkat organisasi bahagian dan institusi penjara.
Memimpin dan menerajui pembaharuan dan inovasi di peringkat organisasi bahagian dan institusi penjara.
Merancang dan menggubal dasar organisasi bahagian dan institusi.
Merancang dan mengawal pengurusan kewangan dan perolehan supaya mencapai matlamat pengurusan yang efektif.
Bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras, menggubal serta mengkaji semula undang-undang serta peraturan yang berkaitan.
Mengkoordinasi keberkesanan dan penambahbaikan pengurusan keselamatan dan program-program pemulihan sedia ada yang sedang dilaksanakan di institusi-institusi penjara.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan menganalisis secara kuantitatif program pengurusan.
Berkebolehan mewujudkan jaringan, integrasi dan komunikasi dengan agensi lain.
Berkeupayaan mengaplikasi, mengembleng dan mensintesis pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan.
Berkeupayaan mengkoordinasi dan mengintegrasikan sumber bagi mencapai visi, misi dan objektif organisasi.
Mempunyai kebolehan intelektual yang tinggi termasuk kebijaksanaan kognitif, experiential, contextual serta penyesuaian diri.
Khusus
Berkebolehan memahami dan menguasai akta, undang-undang dan peraturan berkaitan pengurusan kepenjaraan.
Berkeupayaan mengurus dan melaksanakan program keselamatan terhadap pesalah di peringkat institusi dan organisasi.
Berkeupayaan merancang, menyediakan dan mengintegrasikan program pemulihan bersepadu untuk pesalah.
Ability to perform quantitative analysis of management programmes.
Strong intellectual capability including cognitive, experiential, contextual intelligence, and adaptability.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.