Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2916-02
Bandingkan
Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S9 bertanggungjawab ke atas penggubalan dasar perburuhan, pentadbiran undang- undang dan standard perburuhan, keharmonian perusahaan dan hal ehwal kesatuan sekerja, memantau dan menguatkuasakan akta yang berkaitan, memberi khidmat nasihat dan pendidikan perburuhan, merancang dan menjalankan aktiviti perkhidmatan pekerjaan serta mempromosi bagi meningkatkan kebajikan dan kepentingan masyarakat industri.
Tugasan
Melaksanakan, menyemak, dan menyelaras dasar perburuhan negara dan antarabangsa, guna tenaga, penyelidikan perburuhan, serta standard dan pengelasan pekerjaan.
Meneliti trend sosial, ekonomi, dan industri, menganalisis pilihan dasar, menyediakan kertas taklimat dan saranan, serta menjalankan libat urus pihak berkepentingan.
Melaksanakan pemeriksaan berkanun, pemeriksaan ladang dan malam, siasatan aduan, laporan siasatan, dan tindakan susulan.
Mengurus permit perburuhan, pampasan pekerja asing, perumahan pekerja, pemberhentian pekerja, dan penempatan pencari kerja.
Menjalankan sebutan, perbicaraan kes tuntutan, penyelenggaraan daftar, dan tindakan susulan terhadap perintah mahkamah.
Menjalankan tindakan pendakwaan/ kompaun terhadap pelanggaran undang-undang dan peraturan perburuhan.
Mengendali kes perhubungan perusahaan termasuk representasi Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan, pertikaian perusahaan, perjanjian kolektif, dan keharmonian perusahaan.
Mengurus pendaftaran, perubahan, pembubaran, dan penguatkuasaan kesatuan sekerja.
Menjalankan siasatan, timbangtara, penyediaan kertas siasatan, afidavit, dan cadangan pindaan undang-undang kesatuan sekerja.
Melaksanakan aktiviti penguatkuasaan, penyiasatan, pendakwaan, perdamaian, dan timbangtara di bawah akta perburuhan, perhubungan perusahaan, kesatuan sekerja, dan Akta PSMB 2001.
Kemahiran
Asas
Mahir dalam komunikasi dan berkebolehan membuat keputusan.
Mempunyai pengetahuan dalam bidang ekonomi dan teknologi maklumat.
Khusus
Mempunyai kemahiran dalam hal ehwal dan sistem perhubungan perusahaan serta hal ehwal kesatuan sekerja.
Mempunyai kemahiran dalam mengendalikan rundingan damai antara pekerja dan majikan.
Mempunyai pengetahuan dalam dasar-dasar berkaitan pembangunan sumber manusia negara dan dasar ekonomi.
Mempunyai pengetahuan, kebolehan dan kemahiran dalam bidang pengurusan sumber manusia termasuk kaunseling dan bimbingan kerjaya.
Mempunyai pengetahuan, kebolehan dan kemahiran dalam undang-undang perburuhan negara dan undang-undang berkaitan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.