- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
283
Pengarang, Wartawan, dan Ahli Linguistik
Kumpulan Unit
2833
Penterjemah, Jurubahasa, dan Ahli Linguistik Lain
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2833-01
Bandingkan
Penterjemah menukarkan kandungan bertulis atau lisan daripada satu bahasa kepada bahasa lain dengan memastikan makna asal, nada dan nuansa disampaikan dengan tepat serta sesuai dari segi budaya. Mereka bekerja dengan pelbagai jenis bahan termasuk teks teknikal, perundangan, komersial, sastera dan audiovisual, dan boleh menyesuaikan dialog ke dalam sari kata yang diselaraskan untuk produksi media. Peranan ini juga melibatkan penyelidikan istilah, penyusunan dan pengemaskinian rujukan bahasa seperti entri kamus, serta menyemak teks terjemahan bagi mengekalkan ketepatan linguistik, kejelasan dan konsistensi.
Tugasan
Menterjemah dokumen bertulis dan kandungan multimedia dengan tepat daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran.
Menyemak, membaca pruf, dan menyunting kandungan terjemahan dari segi tatabahasa, kejelasan, gaya, ketepatan, dan konsistensi.
Menyesuaikan kandungan terjemahan mengikut konteks budaya, wilayah, dan kumpulan sasaran sambil mengekalkan makna asal dan nada teks sumber.
Menggunakan alat terjemahan berbantu komputer, perisian memori terjemahan, dan sumber istilah untuk memastikan konsistensi.
Menyelidik istilah industri dan istilah khusus bagi menyokong terjemahan yang tepat.
Menterjemah dan menyelaraskan sari kata atau skrip untuk media audiovisual seperti filem, televisyen, dan dokumentari.
Bekerjasama dengan klien, rakan sekerja, atau pasukan projek untuk menjelaskan keperluan dan mengekalkan maksud kandungan sumber.
Menyusun, mengemas kini, atau mengesahkan entri kamus, glosari, atau bahan rujukan bahasa lain mengikut keperluan.
Menterjemah kandungan lisan secara lisan dalam perbincangan atau mesyuarat apabila diperlukan.
Mengurus aliran kerja terjemahan yang ditugaskan, jadual, dan semakan kualiti untuk memastikan penyampaian yang tepat pada masanya dan tepat.
Kemahiran
Asas
Kesedaran dan kepekaan budaya untuk menyesuaikan kandungan dengan sewajarnya.
Pemikiran kritis,kefahaman bacaan dan kemahiran analitikal untuk memahami teks yang kompleks dan penggunaan perkataan.
Penguasaan yang kukuh sekurang-kurangnya dua bahasa,dengan kemahiran membaca,menulis,tatabahasa dan komunikasi yang cemerlang.
Pengurusan masa yang berkesan, melakukan pelbagai tugasan dan kebolehan memenuhi tarikh akhir yang ketat.
Perhatian terhadap perincian untuk memastikan terjermahan,definisi dan penterjermahan teks yang tepat.
Khusus
Kecekapan dalam alat terjemahan berbantu komputer, memori terjemahan, linguistik korpus, dan alat penyediaan sari kata.
Kecekapan dalam pembacaan pruf, penyuntingan, dan jaminan kualiti terjemahan.
Kepakaran dalam leksikografi, penyusunan kamus, dan pengurusan istilah.
Keupayaan untuk menjalankan penyelidikan linguistik, bidang khusus, dan budaya.
Pengetahuan dalam bidang khusus seperti terjemahan perundangan, perubatan, komersial, teknikal, atau sastera.
Pengetahuan dalam semantik, struktur bahasa, dan analisis linguistik.
Pengetahuan dalam terjemahan audiovisual, standard sari kata, dan konvensyen pemasaan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2833-01
Penterjemah
2833-02
Jurubahasa
2833-03
Jurubahasa Gred LA5
2833-04
Jurubahasa Gred LA1
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.