- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
283
Pengarang, Wartawan, dan Ahli Linguistik
Kumpulan Unit
2832
Wartawan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2832
Bandingkan
Wartawan
Wartawan menyelidik, menyiasat, mentafsir dan menyampaikan berita dan hal ehwal awam melalui akhbar-akhbar, televisyen, radio dan media lain.
Tugasan
Mengeluarkan laporan berita pada setiap hari untuk kegunaan pelanggan daripada sumber-sumber yang diperolehi untuk disampaikan kepada masyarakat.
Mengumpul berita tempatan, kebangsaan dan antarabangsa melalui temu bual, siasatan dan pemerhatian, menghadiri acara-acara awam, mencari rekod, menyemak penulisan, menghadiri filem dan persembahan pentas.
Mengumpul, melaporkan dan memberi ulasan terhadap berita dan hal ehwal semasa untuk penerbitan dalam surat khabar dan terbitan berkala atau untuk penyiaran melalui radio atau televisyen.
Menemu bual ahli politik dan orang kenamaan lain dalam persidangan akhbar dan pada masa lain, termasuk temu bual individu yang dirakamkan untuk radio atau televisyen.
Menulis ruangan editor serta memilih, meminda, menyusun dan menyunting rencana yang diserahkan untuk penerbitan siaran.
Menulis salinan iklan untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan tertentu.
Memilih, mengumpulkan dan menyediakan bahan publisiti tentang perniagaan atau organisasi lain untuk disiarkan melalui akhbar, radio, televisyen dan media lain.
Menulis ulasan kritikal karya sastera, muzik dan lain-lain kerja seni berdasarkan pengetahuan, penghakiman dan pengalaman untuk surat khabar, televisyen, radio dan lain-lain media.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.