- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
282
Profesional Sosial dan Keagamaan
Kumpulan Unit
2821
Ahli Ekonomi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2821-02
Bandingkan
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E9 dan E10
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E9 dan E10 bertanggungjawab menjalankan perancangan pembangunan dan pengurusan sumber manusia agensi. Mengawal selia dana-dana yang diperuntukkan, mengurus tadbir agensi/ cawangan, mewakili agensi dalam jawatankuasa/ pertubuhan berkaitan industri peringkat negeri/ negara. Memastikan peraturan- peraturan kerajaan berkaitan perkhidmatan, perolehan, perjawatan, kemudahan dan sebagainya dilaksana dan dipatuhi. Menyediakan laporan prestasi agensi kepada Ahli Lembaga dan stakeholders berkenaan. Selain itu, turut bertanggungjawab merancang dan melakukan pemeriksaan/ siasatan berkala/ khas ke atas syarikat/ pegawai-pegawai syarikat, menerima dan mengambil tindakan terhadap aduan-aduan yang diterima.
Tugasan
Merancang dan melaksanakan pembangunan pemasaran, pengkomersilan, perladangan hutan, industri kayu, koperasi dan EKS melalui kerjasama strategik, kajian pasaran dan modul projek kerajaan.
Mengawal selia pengurusan operasi, kewangan, perbelanjaan, perolehan, penguatkuasaan peraturan, dasar, pelesenan dan pemasaran selaras akta dan pekeliling kerajaan.
Memantau pelaksanaan projek, menyediakan laporan prestasi, analisis kewangan, status kemajuan perniagaan dan pengukuran prestasi.
Membangunkan standard, teknologi, Skim Jaminan Kualiti (QAS), pemindahan teknologi dan input teknikal industri kayu di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.
Menyelaras latihan, pembangunan kompetensi, pemindahan pengetahuan, pendidikan koperasi, EKS, pengeksport, dan pembangunan modal insan.
Mengurus pembangunan perdagangan luar merangkumi galakan eksport, khidmat nasihat perdagangan, analisis pasaran, strategi perniagaan dan penjenamaan.
Menyelaras Geran Pembangunan dan promosi seperti Geran Promosi Jenama (BPG), Geran Pembangunan Pasaran (MDG), program EKS, pembangunan pengeksport baharu dan pembangunan kemahiran pengeksport.
Mengurus perhubungan korporat, imej jabatan, media, pameran perdagangan, rangkaian antarabangsa, dan galakan perdagangan.
Melaksanakan pentadbiran am termasuk pengurusan pejabat, bangunan, aset, inventori, logistik, sumber manusia dan sistem ICT.
Menyediakan input dasar, laporan strategik, analisis sektor serta menyokong tadbir urus, pengawalseliaan, dan pemantauan prestasi organisasi.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang komputer.
Berkebolehan dalam bidang undang-undang, peraturan kewangan, pentadbiran am dan pengurusan organisasi.
Berkebolehan menganalisa laporan ekonomi dan statistik.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.