Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2542-04
Bandingkan
Artis Konsep mencipta dan membangunkan konsep reka bentuk visual awal bagi watak, persekitaran, prop atau elemen lain untuk media seperti permainan video, filem dan animasi. Mereka menghasilkan komponen visual yang menetapkan arah artistik sesuatu projek, serta bekerjasama dengan pereka, pembangun dan animator bagi memastikan visual yang dihasilkan menarik dan diintegrasikan dengan berkesan.
Tugasan
Menghasilkan dan membangunkan seni konsep, ilustrasi, dan aset visual untuk watak, persekitaran, prop, dan antara muka pengguna.
Mencipta karya seni 2D dan 3D, termasuk animasi dan kesan visual, yang sesuai untuk integrasi ke dalam permainan atau kandungan digital.
Membangunkan papan mood, prototaip, dan elemen penceritaan visual untuk membimbing gaya dan arah projek secara keseluruhan.
Bekerjasama dengan pengarah seni, pereka, pembangun, dan pasukan kreatif lain untuk menyelaraskan visual dengan matlamat projek dan keperluan permainan.
Memperbaiki aset visual berdasarkan maklum balas pihak berkepentingan untuk memastikan kualiti dan konsistensi.
Memastikan semua karya seni memenuhi keperluan teknikal dan sesuai untuk integrasi ke dalam enjin permainan atau platform digital.
Mengatur penghasilan kandungan visual untuk memenuhi tarikh akhir projek dan keperluan teknikal.
Kemahiran
Asas
Kemahiran melukis,mewarna dan ilustrasi digital yang kukuh ,dengan kreativiti dan kebolehan penceritaan visual.
Komunikasi berkesan,kerjasama dan mendengar secara aktif untuk kerja berpasukan dan maklum balas.
Pemahaman yang baik tentang prinsip reka bentuk termasuk anatomi,perspektif,teori warna,komposisi,pencahayaan dan estetik visual.
Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah untuk menangani masalah artistik dan teknikal.
Pengurusan masa,organisasi dan kebolehsuaian untuk memenuhi tarikh akhir dan bekerja merentasi gaya seni yang berbeza.
Khusus
Kefahaman tentang enjin permainan masa nyata untuk integrasi dan pengoptimuman aset konsep.
Kemahiran dalam Adobe Photoshop, Illustrator, Corel Painter, dan alat lukisan digital lain untuk penciptaan aset konsep 2D dan 3D.
Kemahiran dalam perisian pemodelan 3D.
Kemahiran dalam reka bentuk UI/UX untuk antara muka permainan interaktif dan kandungan permainan mudah alih.
Kemahiran reka bentuk grafik untuk susun atur, visual dalam permainan, penjenamaan, dan bahan pemasaran.
Keupayaan untuk membuat storyboard, menganalisis visual, dan menyelaraskan aset dengan arahan kreatif.
Pemahaman yang kuat tentang pencahayaan, komposisi, teori warna, dan penceritaan visual.
Pengetahuan tentang prinsip animasi dan dinamik pergerakan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.