- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
24
Profesional Perniagaan dan Pentadbiran
Kumpulan Kecil
243
Profesional Jualan, Pemasaran, dan Perhubungan Awam
Kumpulan Unit
2431
Profesional Pengiklanan dan Pemasaran
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2431-05
Bandingkan
Perunding Pengurusan Pesanan
Perunding Pengurusan Pesanan menyelia keseluruhan kitaran pemprosesan pesanan dari awal hingga akhir bagi memastikan pesanan pelanggan direkodkan, dikemas kini dan dipenuhi dengan tepat serta tepat pada masanya. Mereka menyelaras dengan jabatan dalaman seperti logistik, kewangan dan jualan untuk mengurus perubahan atau pembatalan pesanan, menyelesaikan isu pelanggan, serta mengekalkan rekod yang tepat bagi tujuan pelaporan dan pematuhan. Peranan ini juga melibatkan pengendalian inventori dengan menerima, menyimpan dan mengeluarkan barangan, bahan serta peralatan bagi memenuhi keperluan pesanan.
Tugasan
Memproses, mengesahkan dan mengemas kini pesanan pelanggan, termasuk perubahan dan pembatalan.
Menyelaras dengan jabatan logistik, kewangan, jualan dan jabatan berkaitan lain untuk menyokong pemenuhan pesanan tepat pada masanya.
Menangani pertanyaan, aduan dan maklum balas pelanggan berkaitan pesanan dan isu pemenuhan.
Mengemas kini dan menyelenggara sistem penjejakan pesanan, pelaporan dan penyimpanan rekod dengan tepat.
Menyediakan laporan pesanan, inventori dan prestasi bagi tujuan pemantauan operasi dan pelaporan.
Memastikan pematuhan terhadap dasar, prosedur dan perjanjian tahap perkhidmatan organisasi.
Merancang, melaksanakan dan memantau aktiviti operasi yang berkaitan dengan pemenuhan pesanan dan penyelarasan.
Kemahiran
Asas
Kemahiran dalam aplikasi Microsoft Office.
Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang baik.
Kemahiran pemikiran kritis dan membuat keputusan.
Organisasi yang berkesan dan kebolehan melakukan pelbagai tugas.
Perhatian yang tinggin terhadap butiran.
Khusus
Kecekapan dalam kemasukan data dan penyimpanan rekod yang tepat.
Kemahiran dalam mengendalikan sistem perancangan sumber perusahaan.
Kemahiran dalam menyediakan dan menyemak dokumentasi pesanan, penghantaran dan inventori.
Keupayaan untuk menganalisis dan menyelesaikan isu berkaitan pesanan dan pemenuhan dengan cekap.
Pengetahuan dalam pemprosesan pesanan dan penyelarasan kitaran pesanan hingga kutipan bayaran.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.