Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2431-02
Bandingkan
Eksekutif Pemasaran membangun dan menyelaras strategi pengiklanan dan pemasaran untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan dan meningkatkan kehadiran jenama. Mereka menjalankan kajian pasaran, mengenal pasti peluang perniagaan dan pasaran baharu, dan merancang kempen merentasi saluran tradisional, digital dan media sosial. Peranan ini juga mungkin melibatkan sokongan proses jualan, menjana bakal pelanggan dan bekerjasama dengan pasukan dalaman untuk memastikan penyampaian objektif pemasaran dan perniagaan yang berkesan.
Tugasan
Membangun dan menyelaras kempen pengiklanan dan pemasaran bersepadu merentasi saluran tradisional, digital dan media sosial.
Mengurus aktiviti pemasaran digital, termasuk media sosial, pengiklanan dalam talian dan pelaksanaan kandungan pemasaran.
Menjalankan kajian pasaran dan menganalisis trend pengguna dan pasaran untuk mengenal pasti peluang pemasaran dan perniagaan.
Membangun dan melaksanakan aktiviti pengiklanan dan promosi untuk menyokong keterlihatan produk atau perkhidmatan.
Memberikan cadangan tentang pendekatan pemasaran dan keberkesanan kempen untuk menyokong keperluan pelanggan atau perniagaan.
Menyelaras dengan pasukan jualan, produk dan pasukan dalaman untuk memastikan penyampaian objektif pemasaran dan perniagaan yang berkesan.
Memantau, menilai dan melaporkan prestasi kempen, maklum balas pelanggan dan respons pasaran.
Menyokong penjanaan bakal pelanggan dan pengenalpastian peluang perniagaan baharu melalui aktiviti pemasaran.
Merancang dan menganjurkan acara promosi, pelancaran produk atau kerjasama untuk meningkatkan kehadiran jenama.
Kemahiran
Asas
Kebolehan interpersonal dan kerja berpasukan untuk berhubung dengan berkesan bersama pihak berkepentingan.
Kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah untuk strategi dan membuat keputusan.
Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang kukuh.
Kemahiran organisasi dan pengurusan masa untuk mengendalikan pelbagai tugasan dan kempen.
Kreativiti dan kemahiran analitikal untuk membangunkan,melaksanakandan menilai inisiatif pemasaran.
Khusus
Kemahiran dalam alat dan platform pemasaran digital, platform media sosial dan perisian automasi pemasaran.
Kemahiran dalam perisian reka bentuk grafik dan kreatif untuk pembangunan kandungan pemasaran.
Kemahiran dalam sistem Pengurusan Hubungan Pelanggan (CRM) untuk pengurusan bakal pelanggan, penglibatan pelanggan dan penyelarasan jualan.
Keupayaan untuk menyokong penjanaan bakal pelanggan, penglibatan pelanggan dan penyelarasan pemasaran dengan objektif jualan.
Kompetensi dalam penyelarasan kandungan, pelaksanaan kempen digital dan penjejakan prestasi merentasi saluran pemasaran.
Pengetahuan dalam kajian pasaran, analisis trend pengguna dan penilaian peluang untuk menyokong keputusan pemasaran.
Pengetahuan dalam pengiklanan digital, promosi media sosial dan komunikasi pemasaran bersepadu.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.