- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
23
Profesional Perguruan
Kumpulan Kecil
239
Profesional Perguruan Lain
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2399-03
Bandingkan
Guru/Tutor Persendirian
Guru/Tutor Persendirian bertanggungjawab merancang, menyediakan dan menyampaikan pengajaran merentasi persekitaran pendidikan rendah, menengah atau tinggi. Mereka mendidik pelajar dalam pelbagai subjek, menilai dan menjejaki kemajuan akademik, mengurus tingkah laku bilik darjah dan menyediakan sokongan tambahan seperti tuisyen atau bimbingan dalam konteks pendidikan swasta untuk meningkatkan hasil pembelajaran dan perkembangan peribadi.
Tugasan
Menilai kekuatan, kelemahan, keperluan pembelajaran, dan kemajuan akademik pelajar untuk membimbing pengajaran serta memberikan maklum balas yang membina.
Merancang, menyediakan, dan menyampaikan pengajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan matlamat pembelajaran individu.
Menyesuaikan kaedah pengajaran dan bahan pembelajaran mengikut pelbagai gaya pembelajaran dan kebolehan pelajar.
Memberikan, menyemak, dan menanda kerja kelas, kerja rumah, dan penilaian lain.
Mengurus tingkah laku bilik darjah bagi mengekalkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan produktif.
Berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga mengenai kemajuan akademik dan perkembangan pelajar.
Menyokong penglibatan dan motivasi pelajar melalui galakan dan bimbingan.
Menganjurkan atau mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum dan pengayaan.
Kemahiran
Asas
Ke
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang kukuh untuk melibatkan dan berinteraksi secara berkesan bersama pelajar,ibu bapa dan rakan sekerja.
Kemahiran organisasi untuk merancang pengajaran,mengurus masa dan mengekalkan keberkesanan bilik darjah.
Pemikiran kritis untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan pengajaran yang tepat.
sabaran dan kebolehsuaian untuk menyokong keperluan pembelajaran yang pelbagai dan situasi bilik darjah.
Strategi pengajaran dan pemebelajaran untuk merancang dan menyampaikan pengajaran dengan jelas dan berkesan.
Khusus
Kecekapan dalam mengurus rekod akademik pelajar dan memantau prestasi.
Kecekapan dalam pengurusan bilik darjah untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan produktif.
Kecekapan dalam penilaian pelajar, pemantauan kemajuan, dan pemberian maklum balas.
Kemahiran dalam teknologi pendidikan dan alat pengajaran digital.
Kepakaran dalam kandungan subjek yang berkaitan dengan bidang pengajaran.
Keupayaan untuk memberikan sokongan akademik secara individu atau dalam kumpulan kecil.
Keupayaan untuk mentafsir data penilaian pelajar bagi menambah baik strategi pengajaran.
Pengetahuan dalam perancangan kurikulum dan reka bentuk pengajaran.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.