Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2399
Bandingkan
Profesional Perguruan yang Tidak dikelaskan di Mana-mana
Kumpulan unit ini merangkumi Profesional Perguruan yang Tidak dikelaskan di Mana-mana dalam Kumpulan Kecil 239: Profesional Perguruan Lain. Sebagai contoh, kumpulan ini termasuk pegawai kestaria, kaunselor pendidikan, guru pendidikan dewasa dan guru tuisyen.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Merancang, mengurus serta menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti kawad pasukan pancaragam/ muzik, dan menguatkuasakan disiplin pelatih.
Menilai tahap keupayaan dan menentukan keperluan pembelajaran pelajar.
Merancang, menyediakan dan menyampaikan program pembelajaran, pendidikan dan bengkel kepada pelajar individu dan kumpulan.
Memberi latihan dan kerja yang sesuai dengan tahap keupayaan, minat dan kebolehan pelajar.
Menyemak semula kurikulum, kandungan kursus, bahan kursus dan kaedah pengajaran.
Menyediakan pelajar untuk peperiksaan dan penilaian.
Memberi kaunseling kepada pelajar untuk membantu mereka memahami dan mengatasi masalah peribadi, sosial, atau tingkah laku yang menjejaskan pendidikan mereka.
Mengajar pelajar yang luar biasa pintar dan pelajar bermasalah.
Membantu kanak-kanak sekolah yang menghadapi masalah ilmiah, tingkah laku atau personaliti, dan berbincang dengan kanak-kanak, ibu bapa dan guru untuk mengenal pasti cara mengatasi masalah tersebut.
Merancang, mengatur, dan melaksanakan program khas untuk menyediakan bimbingan pemulihan atau lanjutan.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.