- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
23
Profesional Perguruan
Kumpulan Kecil
239
Profesional Perguruan Lain
Kumpulan Unit
2391
Pakar Kaedah Pendidikan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2391
Bandingkan
Pakar Kaedah Pendidikan
Pakar Kaedah Pendidikan menjalankan penyelidikan dan membangunkan atau memberi nasihat tentang kaedah pengajaran, kursus dan alat bantuan mengajar. Mereka mengkaji dan meneliti tugasan guru, fungsi institusi pendidikan dan pencapaian yang diperoleh serta mencadangkan perubahan dan penambahbaikan.
Tugasan
Membuat penyelidikan tentang perkembangan semasa dalam kurikulum, kaedah pengajaran dan lain- lain amalan pendidikan, dan memberi nasihat tentang perubahan yang perlu dan penambahbaikan yang mungkin.
Menilai dan memberi nasihat tentang kandungan kursus dan kaedah peperiksaan.
Membuat penyelidikan tentang audio-visual dan lain-lain alat bantu mengajar.
Mendokumenkan mata pelajaran dan kursus yang dibangunkan, dan menilai kursus baru.
Menyediakan perkhidmatan pembangunan profesional, latihan dan perundingan yang berterusan kepada guru-guru.
Menganjurkan dan mengendalikan bengkel dan persidangan untuk melatih guru mengenai program dan kaedah baru.
Membangunkan struktur, kandungan dan objektif kursus dan program baharu.
Melawat sekolah secara berkala dan berbincang dengan kakitangan pentadbiran dan guru berhubung dengan kurikulum, kaedah pengajaran, peralatan dan perkara-perkara lain.
Melawat bilik darjah untuk melihat teknik pengajaran dan untuk menilai prestasi guru, dan keputusan akademik yang diperoleh.
Menyediakan laporan dan membuat cadangan kepada pihak berkuasa pendidikan mengenai kemungkinan perubahan dan penambahbaikan dalam kurikulum, kaedah pengajaran, dan perkara-perkara lain.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.