Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2392
Bandingkan
Guru Pendidikan Khas
Guru Pendidikan Khas mengajar kanak-kanak, orang muda atau dewasa yang cacat anggota atau cacat akal, atau mereka yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan memerlukan pendidikan yang khas. Mereka menggalakkan pembangunan sosial, emosi, intelek dan fizikal kepada pelajar.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mereka bentuk atau mengubahsuai kurikulum serta menyediakan pelajaran dan aktiviti yang disesuaikan dengan kebolehan dan keperluan pelajar.
Memberi arahan dengan menggunakan teknik atau alat bantuan khas seperti Braille atau baca gerak bibir yang sesuai dengan kecacatan dan tahap murid, serta menyelia kerja dalam kelas.
Menggalakkan murid mempunyai keyakinan diri, membantu mereka mencari dan menerima kaedah yang boleh menutup kekurangan yang timbul akibat kecacatan mereka serta memupuk rasa ingin untuk mencapai sesuatu.
Menguruskan ujian, menilai dan meneliti kemajuan setiap murid serta membincangkannya dengan ibu bapa, guru, jurupulih anggota, pekerja sosial, dan sebagainya.
Berbincang dengan ibu bapa tentang pelbagai program pembelajaran.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.