- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
23
Profesional Perguruan
Kumpulan Kecil
239
Profesional Perguruan Lain
Kumpulan Unit
2391
Pakar Kaedah Pendidikan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2391-03
Bandingkan
Pendidik
Pendidik mereka bentuk, merancang dan melaksanakan program dan kurikulum pendidikan untuk meningkatkan hasil pengajaran dan pembelajaran. Mereka menyelidik dan memberi nasihat tentang kaedah pengajaran, menyemak prestasi institusi dan membangunkan strategi pengajaran yang inovatif. Bekerjasama dengan profesional pendidikan, mereka memantau kemajuan pelajar, menyokong perkembangan holistik dan memastikan bahan dan program pembelajaran memenuhi piawaian dan keperluan pelajar.
Tugasan
Menyelidik keperluan pendidikan, keperluan pelajar, dan perkembangan dalam kurikulum, kaedah pengajaran, dan alat pembelajaran, serta memberi nasihat tentang pendekatan pendidikan yang sesuai.
Mereka bentuk, membangunkan, dan menyemak semula rangka kerja kurikulum, bahan pengajaran, dan kandungan kursus untuk menyokong hasil pengajaran dan pembelajaran.
Menyediakan dan menyampaikan pengajaran menggunakan bahan pendidikan, alat bantu mengajar, dan teknologi yang sesuai.
Menilai dan memantau prestasi pelajar melalui ujian, tugasan, pemerhatian, dan kaedah penilaian lain.
Mengendalikan bengkel, sesi latihan, dan memberi bimbingan untuk menambah baik kaedah pengajaran dan amalan instruksional.
Memastikan program pendidikan, bahan, dan amalan mematuhi piawaian, peraturan, dan amalan terbaik yang berkaitan.
Mendokumenkan dan menilai keberkesanan kursus, amalan pengajaran, dan pembangunan kurikulum, serta mencadangkan penambahbaikan berdasarkan dapatan.
Kemahiran
Asas
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang kukuh untuk pengajaran,kerjasama dan penglibatan dengan pelajar.
Kemahiran organisasi dan pengurusan projek untuk merancang dan menyampaikan pengajaran yang berkesan secara bekerjasama.
Kemahiran pemikiran analitikal dan penyelidikan untuk menilai dan menambah baik amalan pendidikan.
Kesabaran,kebolehsuaian dan kreativiti untuk menangani gaya pembelajaran yang pelbagai dan situasi bilik darjah.
Mendengar secara aktif,bertutur,dan penerapan strategi pembelajaran untuk menyokong kefahaman pelajar.
Khusus
Kecekapan dalam menggunakan teknologi pendidikan dan alat digital untuk menyokong pembelajaran.
Keupayaan untuk melibatkan pelajar menggunakan teknik pengajaran yang memotivasikan dan interaktif.
Keupayaan untuk menilai pembelajaran pelajar dan memantau kemajuan menggunakan kaedah penilaian yang sesuai.
Keupayaan untuk merancang pengajaran dan menyusun penyampaian pengajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang berkesan.
Kompetensi dalam pengurusan bilik darjah untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyokong.
Kompetensi dalam penyelarasan kursus dan program akademik.
Kompetensi dalam reka bentuk dan pembangunan kurikulum yang selaras dengan piawaian pendidikan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.