- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
22
Profesional Kesihatan
Kumpulan Kecil
226
Profesional Kesihatan Lain
Kumpulan Unit
2262
Ahli Farmasi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2262-03
Bandingkan
Pegawai Farmasi Gred UF10
Pegawai Farmasi Gred UF10 bertanggungjawab meningkatkan kesihatan rakyat menerusi penyampaian perkhidmatan farmasi dan memperkasakan masyarakat terhadap penggunaan ubat-ubatan berkualiti, selamat dan berkesan.
Tugasan
Pembekalan ubat kepada pesakit luar bagi memastikan farmakoterapi pesakit selamat, berkesan dan mencapai kesan terapeutik optimum disamping meningkatkan kepatuhan terhadap pengambilan ubat.
Menyediakan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal bagi pesakit melalui perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan, termasuk aktiviti seperti Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC), dan Perkhidmatan Farmasi Home Care (PFHC).
Perkhidmatan maklumat ubat-ubatan, pertanyaan ubat, keselamatan pengubatan dan penggunaan ubat secara berkualiti untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Farmasi adalah di tahap yang terbaik.
Pengurusan farmasi logistik bagi memastikan ketersediaan bekalan perubatan (ubat, bukan ubat, vaksin dan gas perubatan) mencukupi untuk keperluan pelanggan melalui sistem pengurusan yang cekap, terancang dan mengikut polisi pekeliling dan peraturan yang berkuatkuasa.
Pengeluaran dan penyediaan sediaan farmaseutikal steril dan bukan steril mengikut Prosedur Operasi Piawai serta amalan aseptik bagi menjamin kualiti dan keselamatan produk.
Pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan dan pelesenan selaras dengan peruntukan Akta Racun 1952 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.
Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan aktiviti pengendalian aduan dan maklumat, persampelan, penyaringan dan pemprofilan, risikan dan serbuan ke atas sasaran yang disyaki melanggar Akta dikuatkuasakan bagi yang melibatkan aktiviti perdagangan (penjualan keluaran farmaseutikal, tradisional dan kosmetik) secara konvensional dan di media baharu.
Melaksanakan pendaftaran produk/ skim notifikasi kosmetik melalui penilaian data teknikal, analisa makmal serta kajian dan maklumat yang diterima dari agensi antarabangsa.
Melaksanakan pengawalan regulatori terhadap kualiti produk farmaseutikal di pasaran melalui persampelan secara rawak dan menjalankan ujian analisa.
Menguruskan skim panggil balik produk bagi produk-produk farmaseutikal yang tidak berkualiti dan membahayakan pengguna.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2262-01
Ahli Farmasi
2262-02
Pegawai Farmasi Gred UF9
2262-03
Pegawai Farmasi Gred UF10
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.