- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
218
Profesional Perlombongan, Pembuatan, dan Pembinaan
Kumpulan Unit
2182
Profesional Pembuatan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2182-02
Bandingkan
Eksekutif Jaminan Kualiti merancang, melaksanakan dan menyelia program jaminan kualiti bagi memastikan produk dan perkhidmatan memenuhi piawaian dalaman, keperluan kawal selia dan jangkaan pelanggan secara konsisten. Peranan ini memantau dan menilai proses pengeluaran, menjalankan audit, menganalisis data prestasi dan mengurus tindakan pembetulan dan pencegahan untuk meminimumkan kecacatan dan mengekalkan integriti produk. Dalam konteks khusus, seperti pengeluaran makanan halal, eksekutif memastikan pematuhan dengan piawaian Halal, menjalankan audit, berhubung dengan pihak berkuasa pensijilan dan menyediakan latihan kakitangan untuk menegakkan keselamatan, kualiti dan pematuhan kawal selia merentasi semua peringkat pengeluaran.
Tugasan
Membangunkan, melaksanakan dan mengekalkan sistem pengurusan kualiti mengikut piawaian dan peraturan yang berkaitan.
Merancang dan menjalankan audit dalaman dan luaran, pemeriksaan, serta pengujian terhadap bahan mentah, proses pengeluaran, dan produk siap bagi memastikan pematuhan kepada piawaian kualiti dan keselamatan.
Memantau proses pengeluaran atau operasi untuk mengenal pasti isu kualiti, ketidakcekapan, dan ketidakpatuhan, serta mencadangkan penambahbaikan.
Menyiasat kecacatan produk dan insiden kualiti, menjalankan analisis punca akar, serta melaksanakan tindakan pembetulan dan pencegahan.
Menilai pembekal dan bahan masuk bagi memastikan pematuhan kepada piawaian kualiti dan kawal selia yang ditetapkan.
Menyediakan, menyelenggara dan mengawal dokumentasi jaminan kualiti, termasuk rekod pemeriksaan, laporan audit, dan dokumen pensijilan.
Menyelaras dengan pasukan rentas fungsi, pembekal, dan badan pensijilan untuk menyelesaikan isu kualiti serta mengekalkan pematuhan kawal selia dan pensijilan.
Membangunkan dan menyampaikan latihan kepada kakitangan mengenai piawaian kualiti, prosedur, amalan keselamatan, dan keperluan kawal selia yang berkaitan.
Menyokong pembangunan dan semakan prosedur operasi standard (SOP) serta proses jaminan kualiti untuk meningkatkan keberkesanan operasi.
Memantau pematuhan pembungkusan, pelabelan, dan bahan berkaitan terhadap keperluan kualiti, kawal selia, dan pensijilan yang terpakai.
Kemahiran
Asas
Berkomunikasi dengan berkesan,secara lisan dan bertulis untuk melaporkan penemuan dan bekerjasama dengan pasukan dalaman dan pihak bekepentingan luar.
Mengaplikasikan pemikiran analitikal dan penyelesaian masalah untuk mengenal pasti isu kualiti dan mencadangkan penambahbaikan.
Menggunakan perisian komputer,teutamanya Microsoft Office(EXcel,Word,PowerPoint) untuk analisis data,pelaporan dan dokumentasi.
Mengurus masa dan menyusun tugasan dengan cekap untuk mengendalikan pelbagai keutamaan dan memenuhi tarikh akhir.
Menunjukkan perhatian terhadap perincian bagi memastikan ketepatan dalam pemeriksaan,audit dan dokumentasi.
Khusus
Kecekapan dalam analisis punca akar, penilaian risiko, dan pelaksanaan tindakan pembetulan dan pencegahan (CAPA).
Kecekapan dalam audit dalaman, kawalan dokumentasi, dan kebolehkesanan proses kualiti.
Kecekapan dalam pemeriksaan produk, pengujian bahan, dan penilaian kualiti berasaskan makmal.
Kemahiran dalam perisian jaminan kualiti, alat pengujian, dan sistem Enterprise Resource Planning (ERP).
Kemahiran dalam Statistical Process Control (SPC), Failure Mode and Effects Analysis (FMEA), dan pelaporan kualiti.
Keupayaan membangunkan prosedur operasi standard (SOP) dan bahan latihan berkaitan kualiti dan keselamatan makanan.
Keupayaan mengurus kualiti pembekal dan bahan masuk bagi memastikan pematuhan dan konsistensi produk.
Pengetahuan dalam keperluan pematuhan kawal selia dan penyelarasan dengan pihak berkuasa pensijilan.
Pengetahuan dalam sistem dan piawaian pengurusan kualiti.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2182-01
Eksekutif Pembuatan
2182-02
Eksekutif Jaminan Kualiti
2182-03
Eksekutif Stor
2182-04
Orang yang Kompeten (OYK) - Pendandang
2182-05
Penasihat Perkhidmatan Teknikal
2182-06
Pakar Bahan
2182-07
Eksekutif Pembangunan Produk
2182-08
Perunding Produk
2182-09
Penganalisis Produk dan Kimia
2182-10
Pakar Pencetakan
2182-11
Penyelaras Inventori
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.