Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2183
Bandingkan
Profesional Pembinaan
Profesional Pembinaan menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi, atau mengaplikasikan pengetahuan sedia ada berhubung dengan projek pembinaan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menjalankan penyelidikan dan membangunkan kaedah dan menyelaraskan aktiviti berhubung.
dengan pembinaan bangunan, empangan, lebuh raya, saluran paip, dan projek pembinaan berkaitan.
Mengkaji prosedur untuk pembinaan berasaskan masa mula dan masa siap projek dan keperluan kakitangan bagi setiap fasa pembinaan, berdasarkan pengetahuan tentang alatan dan kelengkapan yang ada serta pelbagai kaedah pembinaan.
Mengkaji dan memberi khidmat nasihat tentang aspek teknologi bahan atau proses tertentu.
Menetapkan dan menyelia prosedur operasi dan pentadbiran.
Mengawasi aplikasi keselamatan kerja dan prosedur berkaitan.
Mengawasi pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan.
Mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan badan luar.
Meningkatkan pengetahuan dan menyelaras prestasi kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.