Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2165-03
Bandingkan
Jurugeospatial Gred J9 bertanggungjawab dalam penyediaan reka bentuk peta elektronik, peta tematik serta peta topografi terhad dan tidak terhad yang diperlukan oleh kerajaan dan awam bagi tujuan pertahanan, pembangunan negara, pengurusan sumber, pendidikan dan pentadbiran.
Tugasan
Mengetuai unit-unit di Seksyen/Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri yang mengendalikan Pangkalan Data Geospatial.
Mengumpul, memproses, mengurus dan menganalisis data geografi, spatial dan atribut secara berkala.
Mereka bentuk menu dan integrasi data maklumat ruang dan atribut untuk memudahkan operasi pengguna sistem.
Mewujudkan sistem pengurusan dan pengemaskinian pangkalan data atribut yang sistematik, efektif, dan efisien untuk memudahkan pencarian data, mengawal data berulang, dan memastikan kesahihan data.
Melaksanakan kemasukan data dan pengurusan untuk meningkatkan penyediaan, keselamatan, keseragaman, dan ketetapan simpanan data.
Menyediakan paparan persembahan dan penyuntingan maklumat dalam format lengkap dan menarik.
Menyemak dan memastikan ketepatan data maklumat GIS serta mengurus keselamatan fail digital GIS.
Membuat backup data digital GIS dan memastikan pematuhan keperluan ICAO dalam penggunaan data GIS.
Merancang, menyediakan cadangan teknikal dan kewangan, serta mengurus pelaksanaan peningkatan perkhidmatan dan menaik taraf sistem/peralatan di Makmal Kartografi.
Mengurus belanjawan bagi pelaksanaan perkhidmatan, pengeluaran produk dan terbitan pemetaan MACRES serta menaik taraf sistem dan peralatan di Makmal Kartografi.
Membuat penilaian ke atas teknologi terkini bagi pengeluaran produk dan terbitan pemetaan MACRES dan seterusnya menyediakan cadangan teknikal dan kewangan bagi teknologi terkini yang bersesuaian diguna pakai di MACRES.
Menyediakan skop dan spesifikasi serta mengurus perolehan bekalan/perkhidmatan berkaitan makmal kartografi melalui pembelian terus, sebut harga, atau tender.
Bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan dan perolehan sistem/peralatan kartografi dan peralatan guna sama di bawah kelolaan makmal kartografi.
Memperakukan spesifikasi produk keluaran MACRES untuk diterima pakai oleh cawangan lain.
Mengurus prosedur keselamatan, kawalan mutu, hak cipta, dan penggunaan bahan terhad bagi keluaran dan terbitan pemetaan MACRES.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam menulis laporan dan kertas kerja.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan pendapat dengan baik.
Berkemahiran dalam bidang komputer.
Khusus
Berpengalaman dalam bidang kartografi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.