Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2164-04
Bandingkan
Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J9 menyelaras Kajian Rancangan Struktur Perbandaran, Kajian Bandar Selamat, Kajian Petunjuk Bandar Sejahtera (MURNInet), penyelidikan dan lain-lain kajian- kajian perancangan, melaksanakan e-Pemajuan Bahagian Perancangan Bandar, pembangunan pangkalan data GIS untuk data-data perancangan serta pengumpulan maklumat-maklumat kemajuan perancangan dan pembangunan perbandaran, mengawal pembangunan agar bersifat seragam, selesa dan selamat dalam aktiviti guna tanah, penyediaan susun atur, reka bentuk kemudahan awam yang berkualiti dan berkesan serta mewujudkan persekitaran yang selesa untuk masyarakat.
Tugasan
Membantu menyelaras kajian-kajian berkaitan Perancangan Bandar seperti Kajian Pelaksanaan Bandar Selamat di Putrajaya.
Membantu menyelaras kajian-kajian perancangan dan menyemak penyediaan kertas-kertas dasar yang berkaitan aspek perancangan bandar.
Membantu menyelaras penyediaan Kajian RancanganStruktur Perbandaran.
Membantu menyelaras pengumpulan maklumat dan data perancangan pembangunan dan menyelaras perancangan pembangunan kemudahan awam sesuai dengan pertambahan penduduk.
Membantu menyelaras aduan awam melalui CRM (Controller) bagi Bahagian Perancangan Bandar.
Membantu menyelaras pengemaskinian maklumat dalam Portal Komuniti Perbadanan setempat.
Menyediakan penambahbaikan Manual Prosedur Kerja Jabatan (MPK) dan mengemaskinikan Piagam Pelanggan Unit.
Menyediakan ISO Rancangan Pembangunan bagi Jabatan Perancangan Bandar.
Memberi ulasan perancangan berkenaan kajian-kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Putrajaya dan kajian-kajian yang dibuat oleh agensi luar seperti JPBD Semenanjung Malaysia dan pihak berkuasa tempatan lain.
Menguruskan Pusat Sumber Jabatan dan membantu mengemaskinikan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) unit bagi pegawai.
Mengemaskinikan Fail Meja (FM) individu.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam menulis laporan yang berkualiti.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang undang-undang berkaitan perancangan bandar serta prosedur pemprosesan permohonan kebenaran merancang dan pelantikan perunding.
Berkebolehan membuat analisis perancangan dan pembangunan seperti analisis tapak, analisis sosio-ekonomi dan analisis SWOT.
Berkemahiran dalam penggunaan pelbagai perisian seperti AutoCAD, Microsoft Office, GIS, Adobe Photoshop dan Corel Draw.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.