- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
212
Ahli Matematik, Aktuari, dan Perangkawan
Kumpulan Unit
2121
Ahli Matematik, Aktuari, dan Perangkawan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2121-05
Bandingkan
Perangkawan Gred E9 bertanggungjawab mengurus program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan, penyediaan laporan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia, alam sekitar dan bidang lain-lain yang diperlukan dari semasa ke semasa untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
Tugasan
Melaksanakan perancangan awalan banci/penyiasatan sebelum kerja lapangan termasuk persediaan aspek teknikal operasi dan prosesan.
Menyemak dan mengemaskinian rangka isi rumah, individu, enterprise dan pertubuhan.
Mereka bentuk dan menentukan sampel mengikut keperluan pengguna serta reka bentuk pensampelan yang efisien.
Menyelia proses pungutan data, pemprosesan data dan penyediaan laporan aktiviti pungutan data.
Menyediakan spesifikasi kerja pemprosesan data dan pembangunan sistem.
Menjalankan penyusunan, pengurusan, semakan data dan penyediaan metadata untuk penerbitan.
Melaksanakan penyaluran dan penyebaran maklumat statistik kepada stakeholders dan klien.
Memberi khidmat perundingan dan kepakaran bidang statistik kepada stakeholders dan klien.
Melaksanakan pematuhan Best Practices dan MS ISO 9001 dalam pengeluaran data.
Menyediakan unjuran-unjuran statistik, ekonomi dan kependudukan berdasarkan model-model terkini.
Kemahiran
Asas
Kemahiran komunikasi.
Keupayaan membuat keputusan.
Khusus
Kemahiran penganalisisan data.
Pengetahuan berkaitan dasar-dasar kerajaan.
Pengetahuan dalam bidang ekonomi, statistik dan teknologi maklumat.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.