Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2121
Bandingkan
Ahli Matematik, Aktuari, dan Perangkawan menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep, teori, kaedah dan teknik operasi matematik, aktuari dan perangkaan, serta memberi nasihat atau menggunakan aplikasi praktikalnya dalam bidang seperti kejuruteraan, perniagaan, sains dan sosial.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Melaksanakan tanggungjawab kerja-kerja yang diarah berkaitan semua perkara maklumat kependudukan, perangkaan dan penyelidikan, perkara insurans, pampasan dan keselamatan sosial serta perkara undang-undang amanah, kumpulan wang simpanan dan skim tabung persaraan berpencen.
Bertanggungjawab mengurus program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan, penyediaan laporan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia, alam sekitar dan lain-lain bidang yang diperlukan dari semasa ke semasa untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
Memberi nasihat atau menggunakan prinsip, model dan teknik matematik dalam pelbagai tugas dalam bidang kejuruteraan, sains semula jadi, sosial atau sains hayat.
Menjalankan analisis logik bagi penyelesaian masalah pengurusan, terutamanya dari segi keberkesanan input-output: merumuskan model matematik bagi setiap masalah, biasanya untuk pengaturcaraan dan penyelesaian menggunakan komputer.
Merancang dan mengatur tinjauan dan pengumpulan perangkaan lain, dan membuat soal selidik.
Menilai, memproses, menganalisis dan mentafsir data perangkaan, dan menyediakannya untuk diterbitkan.
Menyediakan kertas kerja dan laporan saintifik.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Melaksanakan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.