Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2121-03
Bandingkan
Aktuari menjalankan analisis menggunakan matematik, statistik dan teori kewangan untuk menilai dan mengurus risiko kewangan. Mereka menilai kesan peristiwa masa hadapan yang tidak menentu, terutamanya dalam insurans, pencen dan pelaburan, dan membangunkan model aktuari untuk menyokong penetapan harga, rizab, pengurusan risiko dan reka bentuk dasar. Mereka juga menasihati organisasi tentang strategi untuk meminimumkan pendedahan risiko dan mengoptimumkan hasil kewangan.
Tugasan
Menjalankan analisis aktuari, statistik, dan demografi bagi insurans, pencen, dan skim perlindungan kewangan yang berkaitan.
Mengurus pengumpulan, pemprosesan, analisis, dan pelaporan data aktuari untuk menyokong penilaian risiko dan pembuatan keputusan kewangan.
Memberi nasihat serta mengaplikasikan model matematik, statistik, dan kewangan untuk menilai dan menyelesaikan masalah aktuari dan berkaitan risiko.
Menjalankan penilaian risiko dan meramal liabiliti masa hadapan menggunakan kaedah aktuari dan statistik.
Mereka bentuk, menilai, dan menetapkan harga polisi insurans serta skim pencen.
Menyediakan laporan teknikal dan membentangkan penemuan aktuari kepada pihak berkepentingan.
Memastikan model, analisis, dan amalan aktuari mematuhi piawaian kawal selia dan profesional.
Membangunkan dan melaksanakan model aktuari untuk menyokong penetapan harga, perizaban, dan pengurusan risiko.
Kemahiran
Asas
Komunikasi bertulis dan lisan yang jelas.
Pembuatan keputusan yang berkesan.
Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.
Penaakulan kuantitatif lanjutan.
Perhatian yang tinggi terhadap perincian dan ketepatan.
Khusus
Kecekapan dalam alat pemodelan aktuari dan bahasa pengaturcaraan seperti R, Python, SQL, dan Statistical Analysis System (SAS).
Kecekapan dalam analitik lanjutan dan kaedah statistik bagi data kewangan dan insurans.
Kecekapan dalam analitik ramalan dan pemodelan stokastik untuk penilaian risiko aktuari.
Kecekapan dalam pemodelan modal dan peramalan kewangan untuk aplikasi aktuari dan insurans.
Kecekapan dalam perlombongan data, pengesahan data, dan visualisasi data untuk analisis aktuari.
Pengetahuan tentang kitaran kawalan aktuari serta aplikasinya dalam pengurusan risiko dan pembuatan keputusan kewangan.
Pengetahuan tentang teori risiko, prinsip insurans, dan teknik penilaian aktuari.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.