- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
212
Ahli Matematik, Aktuari, dan Perangkawan
Kumpulan Unit
2121
Ahli Matematik, Aktuari, dan Perangkawan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2121-02
Bandingkan
Perangkawan mereka bentuk, menjalankan dan menganalisis data untuk menghasilkan maklumat statistik yang boleh dipercayai yang menyokong proses membuat keputusan merentasi sektor kerajaan, penyelidikan dan swasta. Ini termasuk mengumpul dan menyemak tinjauan untuk data biologi, kesihatan dan populasi, menggunakan kaedah statistik dan matematik serta menjalankan penyelidikan tentang trend populasi, corak penyakit atau ukuran biometrik. Mereka mentafsir dapatan, mencipta laporan dan memberikan pandangan berasaskan bukti untuk memaklumkan dasar, kesihatan awam, alam sekitar dan perancangan ekonomi.
Tugasan
Mereka bentuk tinjauan, kajian penyelidikan, dan pelan persampelan untuk penyelidikan biologi, kesihatan, dan berasaskan populasi.
Mengumpul, menyusun, dan menyemak kualiti data daripada tinjauan, eksperimen, dan sumber pentadbiran untuk memastikan kebolehpercayaan.
Membangunkan dan menggunakan model statistik dan matematik untuk menganalisis data dan menyokong pembuatan keputusan berasaskan bukti.
Menjalankan analisis statistik untuk mengenal pasti trend, perbezaan, dan hubungan dalam set data.
Mentafsir dapatan dan menyediakan laporan, visualisasi, dan pembentangan untuk pihak berkepentingan dan pembuat dasar.
Memberikan nasihat tentang metodologi tinjauan dan strategi pengumpulan data untuk projek penyelidikan dan kesihatan awam.
Membangunkan unjuran populasi, ramalan, dan analisis statistik untuk menyokong perancangan dan keputusan dasar.
Menyiasat trend kesihatan, penyakit, dan demografi serta menyediakan dapatan berasaskan bukti untuk menyokong perancangan dan tindakan.
Kemahiran
Asas
Berkomunikasi dengan berkesan ,termasuk penulisan laporan ,kolaborasi dan kemahiran kerja berpasukan.
Mengaplikasikan pengetahuan statistik dan matematik yang kukuh untuk analisis dan tafsiran data.
Mengekalkan ketelitian tinggi serta ketepatan dalam pengumpulan,pengurusan dan pelaporan data.
Menggunakan alat komputer dan pengurusan data dengan mahir untuk penyelidikan dan analisis.
Menunjukan kemahiran pemikiran kritis dan analitikal untuk menilai masalah yang kompleks.
Khusus
Kemahiran dalam kaedah dan teknik statistik lanjutan untuk analisis data.
Kemahiran dalam pembersihan data, pengesahan, dan imputasi untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan data.
Kemahiran dalam perisian statistik dan alat tinjauan, seperti Statistical Package for the Social Sciences (SPSS), Statistical Analysis System (SAS), R, dan STATA, untuk pengurusan dan analisis data.
Kemahiran dalam visualisasi data menggunakan carta, graf, dan alat perisian untuk pentafsiran dan pelaporan.
Pengetahuan dalam kaedah persampelan, teknik pemberat, dan reka bentuk eksperimen untuk projek penyelidikan.
Pengetahuan dalam menganalisis data biologi, demografi, dan epidemiologi menggunakan pendekatan statistik yang berkaitan.
Pengetahuan dalam mentafsir dapatan statistik dan menyediakan pandangan berasaskan bukti bagi tujuan dasar, kesihatan awam, dan saintifik.
Pengetahuan dalam reka bentuk tinjauan, reka bentuk eksperimen, dan penilaian kajian penyelidikan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.