- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
14
Pengurus Hospitaliti, Runcit, dan Perkhidmatan Lain
Kumpulan Kecil
141
Pengurus Hotel dan Restoran
Kumpulan Unit
1412
Pengurus Restoran
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1412-01
Bandingkan
Pengurus Restoran menyelia operasi harian premis makanan dan minuman. Pengurus mengurus kakitangan, menyelaras penyediaan makanan dan minuman, mengekalkan piawaian kebersihan dan keselamatan, dan memastikan kepuasan pelanggan. Peranan ini juga melibatkan perancangan menu, inventori dan pengurusan kewangan, melaksanakan strategi untuk meningkatkan kecekapan dan keuntungan, serta memastikan pematuhan dengan peraturan yang berkaitan.
Tugasan
Menyelaras dan menyelia operasi harian restoran, kafe, bar, kantin, atau kawasan hidangan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lancar.
Merekrut, melatih, menjadualkan, dan menyelia kakitangan termasuk menjalankan penilaian prestasi.
Memastikan standard tinggi kualiti makanan, kebersihan, serta pematuhan terhadap peraturan kesihatan dan keselamatan.
Mengurus inventori, membuat pesanan bekalan, dan berurusan dengan pembekal untuk mengekalkan tahap stok dan mengurangkan pembaziran.
Menangani maklum balas dan aduan pelanggan bagi mengekalkan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan.
Membangunkan dan melaksanakan menu, tawaran minuman, serta aktiviti promosi untuk menarik dan mengekalkan pelanggan.
Menyediakan, memantau, dan menganalisis bajet, laporan kewangan, dan kos operasi.
Merancang penjadualan kakitangan dan pengagihan sumber untuk tempoh puncak, acara khas, dan permintaan bermusim.
Memastikan pematuhan terhadap pelesenan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, serta peraturan keselamatan makanan.
Menyelenggara rekod yang tepat berkaitan hasil, perbelanjaan, dan prestasi operasi.
Kemahiran
Asas
Kemahiran asas numerasi dan kewangan bagi pengurusan bajet, kawalan inventori dan pengendalian wang tunai.
Kemahiran kepimpinan dan pengurusan pasukan yang kukuh untuk menyelia, memotivasi dan membimbing kakitangan.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang efektif untuk bekerjasama dengan pelanggan, kakitangan dan pembekal.
Kemahiran organisasi dan pengurusan masa untuk mengendalikan pelbagai tugasan dalam persekitaran kerja yang pantas.
Orientasi perkhidmatan dengan kemahiran mendengar secara aktif, khidmat pelanggan dan penyelesaian konflik.
Khusus
Pengetahuan mengenai keselamatan makanan, kebersihan, dan piawaian Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).
Pengetahuan mengenai operasi restoran dan pengurusan perkhidmatan makanan dan minuman.
Pengetahuan mengenai pengurusan inventori, kawalan stok, dan proses perolehan.
Pengetahuan mengenai pengurusan pembekal dan rundingan kontrak dalam perkhidmatan makanan.
Pengetahuan mengenai penyediaan bajet, kawalan kos, dan analisis kewangan dalam operasi perkhidmatan makanan.
Pengetahuan mengenai perancangan acara dan operasi katering.
Pengetahuan mengenai prosedur operasi standard untuk operasi dapur dan perkhidmatan.
Pengetahuan mengenai standard penyediaan makanan, perancangan menu, dan pengurusan minuman.
Pengetahuan mengenai strategi pemasaran dan promosi dalam operasi perkhidmatan makanan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.