Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1412
Bandingkan
Pengurus Restoran
Pengurus Restoran merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi kafe, restoran, dan pertubuhan seumpamanya untuk menyediakan perkhidmatan makanan dan katering.
Tugasan
Menganalisis dan merancang tahap jualan dan keuntungan restoran.
Mengatur pembelian dan harga barangan mengikut peruntukan bajet.
Merancang dan menyelaras menu dengan rundingan bersama jurumasak dan tukang masak.
Menyelaras keseluruhan operasi restoran.
Memastikan ruang makan, dapur, dan penyimpanan makanan adalah mematuhi peraturan kesihatan.
Mengekalkan standard kawalan kualiti, kebersihan serta kesihatan dan keselamatan yang tinggi.
Menyediakan anggaran bajet.
Memastikan operasi pertubuhan mematuhi peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.