- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
14
Pengurus Hospitaliti, Runcit, dan Perkhidmatan Lain
Kumpulan Kecil
141
Pengurus Hotel dan Restoran
Kumpulan Unit
1411
Pengurus Hotel dan Rumah Penginapan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1411
Bandingkan
Pengurus Hotel dan Rumah Penginapan
Pengurus Hotel dan Rumah Penginapan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi hotel, motel dan pertubuhan yang seumpamanya untuk menyediakan kemudahan penginapan dan perkhidmatan lain termasuk operasi makanan dan minuman, dan pengemasan.
Tugasan
Merancang dan mengatur penginapan, katering, pengemasan bilik dan perkhidmatan hotel yang lain.
Mempromosi dan memasarkan perniagaan.
Menguruskan peruntukan bajet dan mengawal perbelanjaan.
Menyelenggara rekod perangkaan dan kewangan.
Menetapkan dan mencapai sasaran jualan dan keuntungan.
Mengambil, melatih, dan memantau kakitangan.
Bertemu dan mengalu-alukan pelanggan.
Menyediakan maklumat tentang tempat pelancongan setempat, dan mengaturkan lawatan dan pengangkutan.
Menangani dan menyelesaikan masalah.
Memastikan acara dan persidangan berjalan lancar.
Menyelia penyelenggaraan, bekalan, pengubahsuaian, dan kemasan.
Berurusan dengan kontraktor dan pembekal.
Memastikan keselamatan yang cekap.
Melaksanakan pemeriksaan harta dan perkhidmatan.
Memastikan pematuhan undang-undang pelesenan, kesihatan dan keselamatan, dan peraturan berkanun lain.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.