- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
12
Pengurus Pentadbiran dan Komersil
Kumpulan Kecil
122
Pengurus Jualan, Pemasaran, dan Pembangunan
Kumpulan Unit
1221
Pengurus Jualan dan Pemasaran
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1221-03
Bandingkan
Pengurus Pusat Beli-Belah/Kedai/Cawangan bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengurusan dan operasi harian pusat membeli-belah, atau cawangan. Pengurus menyelia pengambilan kakitangan, latihan, penyeliaan dan penilaian prestasi, sambil mengurus jualan, inventori, khidmat pelanggan, kemudahan dan prestasi kewangan. Peranan pengurus termasuk menyelaras aktiviti perniagaan, memastikan kecekapan operasi, mengekalkan hubungan penyewa atau pelanggan, melaksanakan dasar dan memacu keuntungan dan kepuasan pelanggan.
Tugasan
Menyelia operasi harian untuk memastikan kelancaran fungsi pusat beli-belah, outlet, atau cawangan.
Merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti perniagaan termasuk jualan, pemasaran, dan program promosi.
Mengurus dan menyelia kakitangan termasuk pengambilan, latihan, dan pengurusan prestasi.
Memantau dan mengawal bajet, perbelanjaan, dan penggunaan sumber untuk memaksimumkan keuntungan.
Memastikan pematuhan terhadap dasar syarikat, peraturan kesihatan dan keselamatan, serta keperluan undang-undang.
Menangani isu pelanggan dan penyewa termasuk aduan serta mengekalkan hubungan yang baik.
Merunding dan mengurus kontrak dengan penyedia perkhidmatan, kontraktor, dan pembekal.
Menyediakan dan mengemukakan laporan mengenai penunjuk prestasi, jualan, dan hasil operasi.
Mengenal pasti dan meneroka peluang pembangunan perniagaan untuk meningkatkan kedudukan pasaran dan hasil..
Kemahiran
Asas
Kemahiran kepimpinan dan pengurusan sumber manusia untuk memimpin pasukan, mengurus konflik dan memotivasikan kakitangan.
Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang kukuh untuk berurusan dengan penyewa, pelanggan, pembekal dan pihak pengurusan.
Kemahiran pengurusan masa dan organisasi untuk mengutamakan tugasan dan mengurus pelbagai tanggungjawab secara berkesan.
Kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran kritis bagi menyelesaikan isu operasi dan khidmat pelanggan.
Orientasi khidmat pelanggan bagi membina dan mengekalkan hubungan yang berkesan dengan penyewa dan pelanggan.
Khusus
Kecekapan dalam sistem dan alat runcit termasuk sistem POS dan CRM.
Pengetahuan mengenai analisis kewangan, penyediaan bajet, pemantauan KPI, dan ramalan jualan.
Pengetahuan mengenai operasi runcit dan pusat beli-belah termasuk pentadbiran pajakan dan pengurusan prestasi komersial.
Pengetahuan mengenai pematuhan peraturan bagi operasi runcit dan hartanah komersial.
Pengetahuan mengenai pengurusan fasiliti termasuk penyelenggaraan, keselamatan, dan pematuhan keselamatan.
Pengetahuan mengenai pengurusan kontrak dan pembekal dalam persekitaran runcit atau komersial.
Pengetahuan mengenai strategi jualan, peragaan barangan, dan pengurusan prestasi penyewa atau cawangan.
Pengetahuan mengenai strategi pemasaran dan promosi dalam persekitaran runcit.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.