- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
12
Pengurus Pentadbiran dan Komersil
Kumpulan Kecil
122
Pengurus Jualan, Pemasaran, dan Pembangunan
Kumpulan Unit
1223
Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1223
Bandingkan
Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan
Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti penyelidikan dan pembangunan organisasi, atau perusahaan yang menyediakan perkhidmatan pembangunan kepada perusahaan dan organisasi lain.
Tugasan
Merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti penyelidikan dan pembangunan, sama ada secara dalaman atau yang ditugaskan daripada organisasi penyelidikan luar, untuk membangunkan atau meningkatkan kaedah proses teknikal, produk, pengetahuan, atau penggunaan bahan-bahan.
Merancang keseluruhan program penyelidikan dan pembangunan perusahaan atau organisasi dan menetapkan keperluan bajet.
Mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap.
Merancang dan mengarah operasi harian.
Memantau pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan.
Mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain di dalam organisasi atau dengan agensi luar.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
1223-01
Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.