- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
12
Pengurus Pentadbiran dan Komersil
Kumpulan Kecil
122
Pengurus Jualan, Pemasaran, dan Pembangunan
Kumpulan Unit
1221
Pengurus Jualan dan Pemasaran
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1221
Bandingkan
Pengurus Jualan dan Pemasaran
Pengurus Jualan dan Pemasaran merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan dan organisasi, atau perusahaan yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan kepada perusahaan dan organisasi lain.
Tugasan
Merancang, mengarah serta menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran perusahaan atau organisasi berkenaan.
Merancang dan mengurus program jualan dan pemasaran khas berdasarkan rekod jualan dan penilaian pasaran.
Merancang, mentadbir dan mengkaji semula perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan lepas jualan serta memelihara hubungan baik dengan pelanggan.
Menentukan senarai harga, diskaun dan syarat penghantaran, urusan kredit, campuran produk, kawasan jualan berdasarkan kedudukan geografi, peruntukan bajet bagi promosi jualan, kaedah jualan, standard perkhidmatan pelanggan, insentif khas, dan kempen khas.
Mengarah kaedah perdagangan dan dasar pengedaran dengan menyelaras kerja jurujual atau menguruskan pelantikan ejen dan pengedar.
Mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap.
Memantau perkhidmatan pelanggan, pengeluaran invois, pembayaran, dan kos pentadbiran.
Menyediakan dan mengarah operasi harian.
Memantau pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan.
Mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain di dalam organisasi atau dengan agensi luar.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.