Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
8153-01
Bandingkan
Operator Mesin Jahit mengendalikan dan memantau mesin jahit dan sulaman untuk mengeluarkan, membaiki atau menghias pakaian dan produk tekstil lain. Mereka memasang dan menjahit kepingan fabrik, mengikuti corak, mencipta reka bentuk hiasan, melakukan pemeriksaan kualiti dan menyelenggara peralatan bagi memastikan pengeluaran yang cekap dan berkualiti tinggi.
Tugasan
Membaca dan mentafsir corak jahitan, spesifikasi teknikal dan arahan reka bentuk.
Mengendalikan dan memantau mesin jahitan dan sulaman untuk menghasilkan atau membaiki pakaian, tekstil atau produk kulit.
Menjajarkan dan menjahit komponen fabrik dengan tepat untuk memenuhi piawaian reka bentuk dan kualiti.
Memasang butang, cangkuk, zip, pengikat atau aksesori lain pada fabrik.
Menyulam reka bentuk hiasan pada pakaian atau tekstil.
Memilih benang, bahan dan tetapan peralatan yang sesuai untuk tugas tertentu.
Memeriksa produk siap untuk kecacatan dan memastikan pematuhan dengan piawaian kualiti.
Melakukan penyelenggaraan rutin, pembersihan dan pembaikan kecil pada mesin, termasuk menggantikan jarum.
Bekerjasama dengan ahli pasukan atau pereka untuk memenuhi sasaran pengeluaran dan spesifikasi reka bentuk.
Menjalankan tugas berkaitan seperti yang diperlukan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan mengendalikan fabrik dan bahan dengan tepat semasa operasi mesin.
Koordinasi tangan-mata yang kuat dan ketelitian terhadap perincian untuk memastikan mutu kerja yang berkualiti.
Mahir dalam mengendalikan mesin jahit dan sulaman.
Memahami teknik jahitan, pembinaan pakaian dan corak reka bentuk.
Penyelenggaraan dan penjagaan asas mesin jahit serta mesin berkaitan.
Khusus
Kecekapan dalam memantau dan mengekalkan piawaian kawalan kualiti sepanjang proses jahitan dan sulaman.
Kecekapan dalam mengaplikasikan teknik jahitan untuk pelbagai jenis pakaian dan bahan termasuk kulit dan fabrik sintetik.
Kecekapan dalam mengendalikan dan mengawal pelbagai mesin jahitan dan sulaman termasuk overlock dan coverstitch.
Kecekapan dalam mengendalikan fabrik dan komponen mesin dengan cekap dan selamat.
Keupayaan dalam melakukan pengubahsuaian, pemasangan khas dan pelarasan kecil mesin.
Keupayaan untuk menyelesaikan masalah dan membaiki kerosakan mesin bagi memastikan operasi berterusan.
Pengalaman dengan teknik sulaman mesin dan perisian pendigitalan untuk menghasilkan reka bentuk sulaman.
Pengetahuan tentang pematuhan kepada protokol keselamatan kerja dan pengendalian peralatan yang betul.
Pengetahuan tentang pemilihan benang, fabrik dan bahan yang sesuai untuk tugas atau reka bentuk tertentu.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.