- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
8
Operator Mesin dan Loji, Dan Pemasang
Kumpulan Sub-Utama
81
Operator Mesin dan Loji Pegun
Kumpulan Kecil
815
Operator Mesin Produk Tekstil, Bulu, dan Kulit
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
8154
Bandingkan
Operator Mesin Peluntur, Pencelup, dan Pencuci Fabrik
Operator Mesin Peluntur, Pencelup, dan Pencuci Fabrik mengendalikan dan mengawasi mesin yang meluntur, mencelup dan membasuh dan juga merawat gentian, yarn atau kain, atau tekstil bersih yang kering, dan barangan kulit.
Tugasan
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang merawat produk tekstil untuk menjadikan warnanya lebih lembut atau mewarnakannya dengan warna tertentu.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang membasuh atau mencuci kering produk tekstil atau kulit untuk mengeluarkan kotoran, bendasing, kimia yang berlebihan, atau gam semula jadi.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang mengecutkan kain atau menguatkan tenunan dengan menginterlok gentiannya.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang meresapkan bahan kimia ke dalam tekstil bagi menjadikannya kalis air.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang mengolah sutera untuk memberinya struktur dan berat.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang menekan, meregang atau memberi kesan kilau, atau kemasan lain pada tekstil.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.