- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
7
Pekerja Kemahiran dan Pekerja Pertukangan Yang Berkaitan
Kumpulan Sub-Utama
76
Pekerja Kemahiran Lain
Kumpulan Kecil
763
Pekerja Kemahiran Lain dan yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
7639-03
Bandingkan
Pembantu Kemahiran Gred H1
Pembantu Kemahiran Gred H1 bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan mekanikal, pepasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.
Tugasan
Memeriksa, melapor, menyenggara dan melaksanakan pembaikan kerosakan cat, dinding atau lepa dinding bangunan dan mengilap lantai.
Melaksanakan kerja-kerja pemasangan dan pembaikan sistem serta komponen paip air di dalam dan di luar bangunan, termasuk tangki air, sistem tandas dan paip saluran kumbahan.
Menyenggara, membaiki dan memasang sistem penyaman udara, menara penyejuk, sesalur udara, paip refrigerant dan sistem pengudaraan.
Menyenggara, membaiki, memasang dan menguji sistem pendawaian dalam litar kawalan, starter, compressor dan blower.
Menyenggara, menguji, membaiki, mencuci, mengganti dan memasang komponen kenderaan/loji ringan yang menggunakan enjin petrol/diesel.
Menyenggara, menguji, membaiki, mengganti dan memasang komponen peralatan jentera berat seperti sub-assembly hidraulic, undercarriage dan gear train mengikut jadual atau kecemasan.
Menyenggara, membaiki dan memasang sistem elektrik dalam kenderaan/loji, bateri, pepasangan peralatan/kawalan/peranti elektrik dan sistem penghidup/cas termasuk membuat ujian.
Menyenggara, memeriksa, mencari kerosakan dan membaiki kerosakan elektrik di bangunan kerajaan negeri dan persekutuan.
Mengawasi kerja-kerja penyenggaraan, pembaikan dan pemasangan bagi sistem mekanikal, automotif, jentera berat dan elektrik, termasuk kerja-kerja pengujian dan pemantauan.
Menerima, merekod dan melaporkan aduan kerosakan dari pelanggan serta memastikan rekod kerja pembaikan, penyenggaraan, penggantian dan pemasangan dikemas kini.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam menulis dan menyediakan laporan.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang kemahiran teknikal yang berkenaan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
7639-01
Pengemas Lensa Optik
7639-02
Operator Kamera
7639-03
Pembantu Kemahiran Gred H1
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.