Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
7634
Bandingkan
Pengasap dan Pengawal Perosak dan Rumpai
Pengasap dan Pengawal Perosak dan Rumpai menggunakan bahan kimia untuk menghapuskan serangga berbahaya, haiwan kecil, tumbuh-tumbuhan liar dan lain-lain organisma yang tidak diingini untuk mengelakkan kerosakan kepada tanaman, bangunan dan struktur lain, dan persekitaran mereka dan bagi mengelakkan risiko kesihatan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memeriksa bangunan atau kawasan luar bangunan.
Mengambil langkah keselamatan dalam penggunaan dan penyimpanan kimia.
Memutuskan tindakan untuk mengawal atau menghapuskan perosak.
Menyediakan anggaran bayaran dan bil untuk klien.
Menyediakan dan menyembur campuran kimia dengan menggunakan pelbagai kelengkapan.
Menyelenggara kelengkapan supaya berada dalam keadaan selamat dan boleh digunakan dengan cekap.
Menyelenggara rekod kerja bagi setiap harta yang diperiksa, masalah perosak atau rumpai, bahan kimia yang digunakan dan jumlah masa yang diambil di setiap lokasi.
Meletakkan dan memasang perangkap.
Menasihatkan klien tentang cara mencegah serangan perosak.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.