Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
7632
Bandingkan
Pembedil dan Pembagas
Pembedil dan Pembagas memasang, menempatkan dan meledakkan bahan letupan untuk mengalihkan atau memecahkan tanah dan batuan, atau merobohkan bangunan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memasang, menempatkan dan meledakkan bahan letupan untuk mengalihkan, memecahkan tanah dan batuan, atau merobohkan bangunan.
Memastikan keselamatan di tempat kerja, dan prosedur dan peraturan-peraturan pengendalian bahan letupan, penyimpanan dan pengangkutan dipatuhi.
Merancang dan memberi arahan untuk menyusun atur dan menganggar kedalaman dan diameter lubang letupan.
Memeriksa kedalaman dan kebersihan lubang letupan.
Menentukan kuantiti dan jenis bahan letupan yang digunakan.
Memasukkan bahan letupan ke dalam lubang letupan.
Memastikan semua bahan letupan diletupkan, dan membuat laporan.
Mengisytiharkan kawasan letupan selamat sebelum dan selepas letupan.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.