Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
7514-02
Bandingkan
Pembuat Jus memproses buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghasilkan jus, smoothie dan minuman berkaitan yang lain. Mereka memilih, menyediakan dan membersihkan hasil, mengendalikan peralatan jus dan pengekstrakan serta memastikan piawaian kebersihan dan kualiti dikekalkan sepanjang pengeluaran. Kerja mereka mungkin melibatkan melayan pelanggan dan mengendalikan transaksi jualan.
Tugasan
Mencuci, mengupas, dan memotong buah-buahan serta sayur-sayuran.
Mengendalikan peralatan pemerah jus, pengisar, dan peralatan pemprosesan berkaitan.
Memerah jus dan menyediakan minuman segar serta smoothie.
Menyediakan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk jus, smoothie, dan minuman segar berkaitan.
Memastikan kualiti, keseragaman, dan piawaian kebersihan produk.
Menjaga kebersihan peralatan dan kawasan kerja.
Menjaga stok bahan-bahan dan penyimpanannya.
Mematuhi peraturan kesihatan, keselamatan, dan tempat kerja.
Kemahiran
Asas
Kebolehan bekerja dalam persekitaran yang pantas.
Kemahiran asas penyediaan makanan.
Kemahiran komunikasi dan khidmat pelanggan yang baik.
Penyelarasan dan kerja berpasukan.
Perhatian terhadap kebersihan dan higin.
Khusus
Kefahaman tentang keselamatan makanan, kebersihan, dan piawaian kesihatan.
Kefahaman tentang pelbagai jenis mesin pengisar dan pemerah jus.
Keupayaan mengikuti resipi serta memastikan kualiti dan keseragaman produk.
Keupayaan untuk mengendalikan dan menyelenggara peralatan pemerah jus.
Mengendalikan, menyimpan, dan menguruskan stok bahan-bahan.
Pengetahuan dalam menyediakan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk minuman.
Pengetahuan tentang nilai pemakanan dan keperluan asas dalam minuman buah-buahan dan sayur-sayuran.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.