Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
7234
Bandingkan
Pembaik Basikal dan Pekerja yang Berkaitan
Pembaik Basikal dan Pekerja yang Berkaitan memasang, menyelenggara, menservis dan membaiki peralatan mekanikal dan yang berkaitan bagi basikal, beca, kereta sorong bayi, kerusi roda dan pengangkutan tidak-bermotor yang seumpamanya.
Tugasan
Memasang, membaik pulih, dan menggantikan kelengkapan atau aksesori seperti hendal, tempat letak kaki, lampu dan tempat duduk.
Menjajarkan roda.
Memasang dan membetulkan mekanisme kelajuan dan gear.
Membuka gandar untuk dibaiki, dibetulkan, dan menggantikan bahagian yang rosak dengan menggunakan peralatan tangan.
Membaik pulih lubang pada tiub tayar dengan menggunakan pengikis dan tampalan.
Membentuk bahagian yang diganti dengan menggunakan pencanai meja.
Memasang basikal baru.
Mengecat rangka basikal dengan menggunakan penyembur atau berus.
Mengimpal rangka yang pecah atau retak dengan menggunakan lampu oksiasetilena dan rod pengimpal.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.