Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
7232
Bandingkan
Mekanik dan Pembaik Enjin Pesawat Udara
Mekanik dan Pembaik Enjin Pesawat Udara membaik pulih dan menyelenggara keadaan operasi enjin pesawat udara, termasuk enjin helikopter.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengganti atau membaik pulih komponen yang haus, tidak sempurna atau rosak, dengan menggunakan peralatan tangan, tolok dan kelengkapan pengujian.
Menguji operasi enjin dengan menggunakan kelengkapan pengujian seperti penganalisis pencucuhan, pemeriksa kemampatan, penentu masa pengagih, dan meter ampere untuk mengenal pasti kepincangan tugas.
Mendengar enjin yang sedang beroperasi untuk mengesan dan mengenal pasti kepincangan tugas, seperti injap yang melekat atau terbakar.
Mencantumkan semula enjin dan memasang enjin pada pesawat udara.
Membuka dan memeriksa bahagian enjin, seperti bilah dan silinder turbin untuk mengesan haus, meleding, retak dan bocor.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.