- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
6
Pekerja Pertanian, Perhutanan, Penternakan dan Perikanan
Kumpulan Sub-Utama
62
Pekerja Perhutanan, Perikanan, dan Perburuan Berorientasikan Pasaran
Kumpulan Kecil
621
Pekerja Perhutanan dan yang Berkaitan
Kumpulan Unit
6211
Pekerja Perhutanan dan yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
6211-04
Bandingkan
Pengawas Hutan Gred G1, G2, G3, G4
TVET
Skop TVET berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri
GREEN
Pekerjaan hijau adalah pekerjaan yang baik yang menyumbang untuk memelihara atau memulihkan alam sekitar, sama ada dalam sektor tradisional seperti pembuatan dan pembinaan, atau dalam sektor hijau baru yang baru muncul seperti tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga
Pengawas Hutan Gred G1, G2, G3, G4: jabatan Perhutanan Negeri - Bertanggungjawab menjalankan kerja dalam melaksanakan setiap aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, hutan lipur, tapak semaian dan penguatkuasaan undang-undang mengikut Akta Perhutanan Negara.
Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak - Bertanggungjawab sebagai ketua dan pegawai bertanggungjawab bagi menyelia dan memantau aktiviti-aktiviti perhutanan supaya sejajar dengan peraturan dan dasar serta polisi kerajaan dengan melaksanakan tugasan pentadbiran dan pengurusan di lapangan di hutan bagi kerja-kerja pembangunan hutan, pengurusan hutan, operasi hutan, penyelidikan hutan, industri perkayuan, ladang hutan, pewartaan kawasan hutan di lapangan termasuk tugas tugas penguatkuasaan Ordinan Hutan, Ordinan Taman Negara dan Ordinan Hidupan Liar. Skop dan bidang tugas Pengawas Hutan di Jabatan Hutan Sarawak ini tertakluk kepada kepelbagaian fungsi unit dan bahagian di mana mereka ditempatkan. Terdapat 10 bahagian dan empat pejabat hutan wilayah di Jabatan Hutan Sarawak.
Tugasan
Mengawasi dan menjaga kawasan berhutan di dalam persempadanan Renj Hutan (Hutan Simpanan Kekal dan Hutan Tanah Kerajaan).
Menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan undang-undang dan diberi kuasa berdasarkan Akta Perhutanan Negara seperti menahan, menangkap dan menyita.
Melaksanakan kerja-kerja di lapangan bagi tugas-tugas pengurusan hutan, operasi hutan, penyelidikan hutan, industri perkayuan, ladang hutan, pewartaan kawasan hutan serta penguatkuasaan Ordinan Hutan, Ordinan Taman Negara dan Ordinan Hidupan Liar.
Menjalankan kerja sukatan dan membuat taksiran cukai bagi pengeluaran hasil hutan di Balai Pemeriksaan Hutan (Hutan Darat dan Hutan Paya Laut).
Memantau aktiviti pengusahasilan bagi setiap kawasan lesen yang diluluskan mengikut garis panduan MS ISO 9001:2008 dan pensijilan MC&I.
Menjalankan aktiviti rondaan ke atas kawasan Hutan Simpanan Kekal dan Hutan Tanah Kerajaan bagi mencegah pencerobohan dan pembalakan haram.
Mengawasi dan mempastikan manual prosedur kerja di lapangan dipatuhi dan dikuatkuasakan oleh syarikat pembalakan dan agensi-agensi sektor perhutanan.
Mengumpul dan mengambil data serta rekod di lapangan untuk penyediaan perancangan kerja dan laporan kemajuan bulanan/tahunan.
Menjalankan kerja bagi setiap aktiviti di Unit Penguatkuasaan Hutan seperti semakan lesen, siasatan aduan awam, rondaan, serbuan, tangkapan dan operasi bersepadu.
Menjadi pegawai penyiasat bagi tugasan penguatkuasaan Ordinan Hutan, Ordinan Taman Negara dan Ordinan Hidupan Liar.
Kemahiran
Khusus
Pengetahuan mengenai flora dan fauna.
Pengetahuan mengenai pemuliharaan alam sekitar.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.