Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
6211
Bandingkan
Pekerja Perhutanan dan yang Berkaitan
Pekerja Perhutanan dan yang Berkaitan menjalankan operasi yang perlu untuk menanam, memulihara, dan menggunakan hasil hutan untuk jualan atau penghantaran produk perhutanan secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menentukan dan menjaga kawasan hutan.
Mengenal pasti pokok untuk ditebang dan menganggarkan jumlah kayu.
Memangkas, mencantas dan menebang pokok, dan menggergajinya menjadi balak.
Membentuk produk kayu yang kasar daripada balak di tapak penebangan.
Menggred balak.
Bertanggungjawab mengawas kerja-kerja pembalakan, menyediakan kaji selidik blok, garisan grid, ukuran, rupa bentuk muka bumi, dan bancian pokok-pokok.
Bertanggungjawab mengajar pelatih-pelatih cara mengendali dan menyelenggara jentera berat dalam pembalakan, teknik membina jalan-jalan balak dan menarik balak dari hutan.
Mengawalselia kerja-kerja pembangunan hutan, operasi, penguatkuasaan kilang dan pencerobohan hutan rekreasi.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.