- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
6
Pekerja Pertanian, Perhutanan, Penternakan dan Perikanan
Kumpulan Sub-Utama
61
Pekerja Pertanian dan Penternakan Berorientasikan Pasaran
Kumpulan Kecil
611
Pekebun dan Penanam Tanaman Pasaran
Kumpulan Unit
6114
Penanam Tanaman Campuran
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
6114
Bandingkan
Penanam Tanaman Campuran
Penanam Tanaman Campuran merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk menanam dan menuai tanaman campuran bagi tanaman ladang, sayur-sayuran ladang dan pokok renek, hasilan kebun, hortikultur dan tapak semaian untuk jualan, atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
Tugasan
Menentukan jenis dan jumlah tanaman yang hendak ditanam.
Membeli benih, baja dan bekalan lain.
Menjalankan operasi ladang seperti penyediaan tanah, penyemaian, penanaman, penjagaan dan penuaian tanaman.
Menanam sayur-sayuran menggunakan teknik penanaman intensif dan menghasilkan anak pokok, bebawang dan benih.
Menyimpan dan menjalankan beberapa pemprosesan terhadap hasilan tanaman.
Mengawal rumpai, perosak dan penyakit dengan menggunakan racun herba dan racun perosak.
Mempromosi dan memasarkan produk, mengatur penjualan, pembelian dan pengangkutan hasilan dan bekalan, serta mengekalkan dan menilai rekod aktiviti ladang dan urus niaga.
Melatih pekerja di ladang, menyelia tugas penyelenggaraan dan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan.
Menyelenggara bangunan, jentera dan kelengkapan lain.
Menghantar atau memasarkan produk.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
6114-01
Pekebun Tanaman Campuran
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.