Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
6111
Bandingkan
Penanam Tanaman Ladang
Penanam Tanaman Ladang merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk menanam dan menuai pelbagai jenis tanaman ladang seperti kelapa sawit, getah, kelapa, ubi, tebu, padi atau tanaman lain untuk jualan, atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menentukan jenis dan jumlah tanaman yang hendak ditanam.
Membeli benih, baja dan bekalan lain.
Menjalankan operasi seperti penyediaan tanah, penyemaian, penanaman, penggemburan dan penuaian tanaman.
Menyimpan dan menjalankan beberapa pemprosesan asas terhadap hasilan ladang.
Menyelenggara jentera dan kelengkapan lain di ladang.
Mengawal rumpai, perosak dan penyakit dengan menggunakan racun herba dan racun perosak.
Mempromosi dan memasarkan produk, mengatur penjualan, pembelian dan pengangkutan hasilan dan bekalan, serta mengekalkan dan menilai rekod aktiviti ladang dan urus niaga.
Melatih pekerja di ladang, menyelia tugas penyelenggaraan dan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.