- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
5
Pekerja Perkhidmatan dan Jualan
Kumpulan Sub-Utama
54
Pekerja Perkhidmatan Perlindungan
Kumpulan Kecil
541
Pekerja Perkhidmatan Perlindungan
Kumpulan Unit
5415
Pegawai dan Pembantu Imigresen/ Kastam
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
5415-01
Bandingkan
Pegawai Imigresen Gred KP1
Pegawai Imigresen Gred KP1 bertanggungjawab menjalankan tugas mengeluarkan pasport dan dokumen perjalanan, mengeluarkan visa, pas dan permit, mengawal selia pergerakan keluar masuk di pintu-pintu masuk yang diwartakan serta memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien kepada pelanggan jabatan untuk memantapkan lagi pengurusan organisasi serta meningkatkan mutu perkhidmatan imigresen bagi memenuhi aspirasi rakyat dan negara.
Tugasan
Membantu Ketua Unit Penguatkuasaan di peringkat negeri/ cawangan/ daerah menyelia serta memastikan operasi penguatkuasaan Imigresen mencapai standard dan prosedur yang ditetapkan.
Membantu Ketua Unit Penguatkuasaan di peringkat negeri/ cawangan/daerah mengawal selia dan membuat pemeriksaan bagi tujuan menguatkuasakan peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
Menjalankan pemeriksaan dan tindakan susulan terhadap premis dan pekerja yang melanggar undang-undang imigresen.
Melaksanakan penyiasatan dan pendakwaan ke atas kesalahan imigresen serta membantu program pengkompaunan, senarai hitam dan pengusiran.
Menyelia dan melaksanakan program kesedaran terhadap warga negara dan warga asing tentang hukuman bagi pelanggaran undang-undang imigresen.
Memproses permohonan-permohonan berkaitan pekerja asing daripada pelbagai sektor.
Memproses permohonan visa, pasport dan permit masuk serta urusan Malaysia My Second Home (MMSH) dan Kad Perjalanan Perniagaan Asian Pacific Economic Co-operation (APEC).
Menyemak pergerakan warganegara dan pelawat serta menyediakan statistik keluar/masuk untuk pelbagai agensi dan keperluan kerajaan.
Membantu Ketua Unit Penguatkuasaan mengurus dan merancang program pelaksanaan jadual dan jenis operasi yang perlu dijalankan pada setiap masa.
Membantu menyelia program Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sifar di negara Malaysia.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berinteraksi dengan baik dalam memberi pendapat, memberi khidmat nasihat dan menyelesaikan masalah.
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam menulis laporan dengan baik.
Berkemahiran dalam bidang komputer.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.