Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5152-01
Bandingkan
Pelayan Besar mengatur dan menyelia operasi harian di kediaman persendirian atau estet mewah bagi memastikan pengurusan aktiviti domestik berjalan lancar. Mereka menyelia kakitangan rumah tangga, menyelaras perkhidmatan makanan dan minuman, mengurus inventori, serta membantu dalam penganjuran acara sambil memberikan sokongan peribadi dengan penuh budi bicara dan profesionalisme.
Tugasan
Menyelia, menyelaras dan melatih kakitangan domestik termasuk pembantu rumah dan pemandu.
Mengurus jadual rumah, operasi harian dan menyelaras urusan penyelenggaraan.
Menyediakan dan menghidangkan makanan serta minuman mengikut piawaian perkhidmatan formal dan etiket.
Menyambut, menerima dan melayan penghuni rumah serta tetamu secara profesional.
Mengatur dan menyelaras majlis peribadi serta acara sosial termasuk perancangan logistik dan susunan perkhidmatan.
Mengurus inventori rumah dan mengatur perolehan bekalan.
Mengendalikan hal-hal sulit rumah dengan budi bicara, integriti dan profesionalisme.
Menyelia atau melaksanakan kerja pembersihan dan penyelenggaraan umum rumah termasuk bilik, perabot dan kelengkapan.
Kemahiran
Asas
Kebijaksanaan dan profesionalisme dalam mengendalikan maklumat peribadi dan sulit.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang mantap, termasuk kebolehan berbilang bahasa jika diperlukan.
Kemahiran organisasi dan pengurusan masa yang baik untuk menguruskan tugas dengan cekap.
Ketelitian terhadap perincian dalam penyampaian perkhidmatan dan pengurusan isi rumah.
Pengetahuan asas pengemasan dan kemahiran menyelesaikan masalah untuk operasi isi rumah harian.
Khusus
Kecekapan dalam melaksanakan kerja pengemasan dan penyelenggaraan umum rumah.
Kecekapan dalam mengaplikasikan pertolongan cemas asas dan prosedur keselamatan.
Kecekapan dalam menggunakan alat dan sistem pengurusan rumah dengan cekap.
Kecekapan dalam mengurus dan menyelia kakitangan rumah dengan berkesan.
Kecekapan dalam menyediakan dan memasak makanan mengikut keperluan.
Kecekapan dalam menyediakan perkhidmatan butler formal termasuk perkhidmatan silver service dan wine decanting.
Kecekapan dalam merancang dan menyelaras majlis serta acara khas.
Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan waktu kerja yang tidak tetap dan fleksibel.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.