Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5152
Bandingkan
Jurukemas Domestik
Jurukemas Domestik mengatur, menyelia, dan melaksanakan kerja pengemasan di rumah persendirian dengan atau tanpa sokongan kakitangan bawahan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menyelia pekerja yang diambil bekerja di dalam rumah sebagai kakitangan domestik.
Membeli atau mengawal pembelian bekalan.
Mengawal penyimpanan dan mengeluarkan bekalan.
Membantu dalam kes kecederaan atau penyakit ringan dengan melaksanakan tugas seperti mengambil suhu, memberi ubat, atau membalut luka.
Menyapu, memvakum, menggilap dan mencuci lantai dan perabot atau lekapan yang lain.
Mengemas katil, mencuci bilik mandi, dan membekalkan tuala, sabun dan barangan yang berkaitan.
Menjaga haiwan peliharaan dan tumbuh-tumbuhan, menerima pelawat, menjawab telefon, menghantar pesanan, dan membeli barang dapur.
Menyediakan, memasak dan menghidangkan makanan dan minuman, serta mengemas meja.
Mencuci dapur dan secara amnya membantu dalam kerja-kerja di dapur, termasuk membasuh pinggan mangkuk.
Menyelia pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.