- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
5
Pekerja Perkhidmatan dan Jualan
Kumpulan Sub-Utama
51
Pekerja Perkhidmatan Peribadi
Kumpulan Kecil
512
Tukang Masak
Kumpulan Unit
5121
Tukang Masak
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
5121-04
Bandingkan
Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1 memilih, mengasingkan dan menerima makanan basah/ mentah dan kering mengikut arahan pegawai yang menerima bekalan makanan daripada pembekal. Menyimpan makanan dalam stor, chiller dan freezer mengikut tatacara penyimpanan serta melaksanakan pra-penyediaan makanan, pembungkusan dan membersihkan peralatan dan kawasan.
Tugasan
Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/mentah/kering daripada pembekal untuk memastikan spesifikasi kontrak dipatuhi.
Menyimpan bahan makanan ke stor, chiller dan freezer serta merekod suhu untuk keselamatan makanan.
Mengeluarkan bahan makanan dari stor/chiller/freezer mengikut menu dan resepi piawai untuk masakan.
Mengasingkan benda asing dan membersihkan bendasing untuk memastikan tiada berlakunya pencemaran silang.
Menyediakan porsi bahan makanan mentah/ kering seperti yang ditetapkan dalam skala Porsi Manual Diet Hospital dan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Memasak makanan mengikut jenis diet (normal, terapeutik, modifikasi konsistensi) serta resepi piawai.
Menyedia atau memasak makanan untuk doctor on call, dewan bedah dan lain-lain.
Mengagihkan formula enteral, produk khas, formula susu bayi, bahan minuman kering (dry ration) dan pembungkusan (sachet) kepada wad mengikut pesanan.
Merekod dan mengagihkan bahan makanan dan pembungkusan ke wad mengikut pesanan harian.
Mematuhi semua peraturan perkhidmatan awam, garis panduan, tatacara, prosedur dan arahan yang ditetapkan.
Kemahiran
Asas
Mampu memahami arahan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Khusus
Berkebolehan menyediakan makanan dan mempunyai kemahiran memasak.
Berpengetahuan dan mempunyai kefahaman dalam memastikan kualiti bahan mentah dan bahan kering.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.