Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5112
Bandingkan
Konduktor Pengangkutan
Konduktor Pengangkutan memungut atau mengeluarkan tiket serta menjaga keselamatan dan keselesaan di dalam kereta api, trem, bas dan lain-lain pengangkutan awam.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memungut atau mengeluarkan tiket, pas atau tambang, atau memeriksa kesahihan tiket terdahulu.
Menjaga gerabak tidur di dalam kereta api penumpang, termasuk memeriksa kesahihan tiket penumpang, menjaga keselamatan mereka dan memberi maklumat yang diminta.
Memastikan peraturan keselamatan dipatuhi.
Memberi maklumat kepada penumpang khususnya tentang perhentian dan sambungan perjalanan.
Bekerjasama dengan pemandu dalam menepati jadual masa.
Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku kecemasan.
Bertanggungjawab membantu penyelia stesen atau eksekutif operasi dalam mengurus, menyelia dan mengatasi masalah operasi trafik, kakitangan, perdagangan dan lain-lain supaya dapat memberi perkhidmatan yang cekap dan ekonomi kepada pengguna-pengguna keretapi.
Menyelia pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.