Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5111
Bandingkan
Atendan Perjalanan dan Pelayan Perjalanan
Atendan Perjalanan dan Pelayan Perjalanan memberi perkhidmatan peribadi untuk memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang. Perkhidmatan ini termasuk menghidangkan makanan dan minuman serta menyelaraskan aktiviti pengemasan dan sosial.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menyambut penumpang menaiki kapal terbang dan membawa mereka ke tempat duduk.
Mengendalikan pemeriksaan keselamatan dan menunjukkan penggunaan peralatan keselamatan seperti tali pinggang keselamatan dan topeng oksigen serta membantu penumpang apabila berlaku kecemasan.
Mengagihkan bahan bacaan, fon kepala, selimut dan barang yang seumpamanya serta menjawab pertanyaan penumpang.
Menghidangkan makanan dan minuman yang sudah tersedia.
Menjual barangan bebas cukai kepada penumpang.
Memberi bantuan perubatan yang ringan kepada penumpang yang memerlukan.
Menjaga keperluan am dan keselesaan penumpang kapal dan kereta api.
Memastikan peraturan keselamatan dipatuhi.
Menyelia pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.